Eat Travel By: Yanie Baharom March 27, 2019 @ 5:17pm

Pemakanan Sunnah, rahsia cergas dan cantik Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa

Sejuk mata memandang setiap kali melihat wanita ini menyampaikan ilmu agama di kaca televisyen.

Orangnya bukan sahaja rupawan, malah lontaran suaranya yang lemah lembut tetapi jelas itu membuatkan penonton terpesona melihat ceramahnya sehingga ke penghujung program.

Beliau tidak lain tidak bukan adalah penceramah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.

Menyelami kehidupan beliau sebagai isteri dan ibu di samping memikul tanggungjawab selaku pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, penulis buku, kolumnis majalah dan penceramah ini memerlukan kekuatan tenaga serta perlu kekal cergas setiap hari.

Menerima ijazah peringkat doktor falsafah (PhD) pada tahun lalu, di usia mencecah 44 tahun dan mempunyai tujuh  cahaya mata, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kecergasan dan kecantikan dalam dan luaran. Pemakanan sunnah, itulah rahsia beliau dan seisi keluarga! 

Berikut antara 6 amalan kecantikan dan kesihatan yang diamalkan  Ustazah sebagai panduan.

1. Minum Air Suam Selepas bangun Tidur

Foto: Hijab & Heels

Menurut Ustazah Hafizah, kelebihan minum air kosong sejurus bangun tidur ini terbukti secara perubatan. Ketika tidur pelbagai proses berlaku dalam tubuh badan. Minum air seolah-olah rutin paling akhir pada malam hari untuk  membuang segala yang tidak baik dalam badan. Disarankan minum lebih kurang satu botol suku air (625ml).

Malah ustazah juga menyarankan amalkan membaca doa ketika meminum air zamzam mahupun apa juga air yang diminum.

Begitu juga bagi anak muda, digalakkan minum banyak air untuk kecerdasan selain apabila belajar anda tidak mudah lupa dan apa yang dipelajari akan terus kekal di dalam minda.

 

2. Minyak Zaitun

Foto: wolipop.detik.com

Amalkan makan satu sudu minyak zaitun setiap hari, kuantitinya pula sudu besar atau kecil bergantung pada saiz badan.

3. Pati Delima

Foto: sinar harian

Minum pati delima 2 sudu besar, lebih pun tidak menjadi masalah. Ini kerana delima adalah buah eksklusif yang Allah ciptakan dari zaman dahulu dan merupakan buah-buahan dari syurga.

4. Campuran Air Suam, Madu, Minyak Kelapa Dara, Habbatus Sauda & Saffron

Foto: Instadayz.com

Ustazah turut mengamalkan campuran air suam, yang dimasukkan satu sudu madu, satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda, minyak kelapa dara dan beberapa helai Za’faran (Saffron). Kacau semuanya dan minum air tersebut.

Disarankan air ini dibuat pada waktu pagi, selepas minum biarkan perut rehat selama 2 jam, barulah mengambil makanan berat.

Campuran air ini sangat bagus untuk ingatan.

5. Cuka Tamar (Khal)

Foto: Nabawi Herbal

Selepas mengambil makanan berat, disarankan mengamalkan ambil sedikit cuka tamar (Khal). Insya-Allah segala yang tidak baik,  yang diambil ketika makan sebelumnya akan dibuang.

6. Kayu Manis

Foto: Dream

Kulit kayu manis banyak kelebihannya. Elok dimakan ketika letih atau pening. Jika dimakan sedikit kulit kayu manis ini pada waktu malam pula ia membantu untuk tidur yang berkualiti dan lebih tenang.

7. Kacip Fatimah

Foto: Wanista.com

Ustazah turut mengamalkan pengambilan makanan tambahan Kacip Fatimah yang semula jadi mengikut keperluan diri. Tumbuhan Kacip Fatimah ini sangat penting untuk keperluan wanita dari segi kekuatan tubuh badan, kesegaran, melambatkan penuaan, angin, sakit urat, sakit tulang serta khusus untuk sistem kewanitaan.

 

Sumber: Mingguan Wanita

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Eat Travel Mon, 31 Dec 2018
Eat Travel Wed, 29 May 2019
Eat Travel Tue, 22 Oct 2019

Jom belajar masak nasi ayam kukus, guna periuk nasi elektrik sahaja!

Tidak perlu susah-susah masak secara berasingan.

Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Kejernihan Air Sungai Bangang Mendamaikan Jiwa

Keindahan alam semula jadinya juga pasti akan memukau mata memandang.

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Jika Anda Buat Perkara Ini Ketika Melancong, Memang Sah Anda Seorang Rakyat Malaysia

Tengok sama ada anda lakukan atau tak perkara-perkara ini.

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
Eat Travel Thu, 17 May 2018

Nikmati Susu Kurma Sepanjang Ramadan Ini. Pasti Segar & Bertenaga!

Jom cuba resepi susu kurma ini, pasti melengkapkan hidangan bersahur dan berbuka anda.

Eat Travel Wed, 10 Apr 2019

‘Lidah Bakar Mulut Senget’ Hotel Tenera bakal menggamit selera anda Ramadan ini

Anda harus cuba hidangan yang lain dari yang lain ini!

Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Ini Rahsia Resepi Ayam Panggang Madu Yang Paling Sedap!

Cuti sekolah dah mula, jom panggang ayam bersama keluarga tercinta!