Ada aneka makanan Malaysia yang mengundang bahaya kerana kelazatannya mendorong anda makan banyak. Malah, menu tempatan yang berlemak, manis, berminyak dan tinggi kandungan kolesterol, boleh memberi kesan kepada kesihatan seseorang.
Setidaknya pun, pernah atau tidak anda berasa lelah akibat makan terlalu banyak? Bagaimana mahu kekal selesa selepas makan berlebihan?
Ikuti beberapa tip Susan Bowerman untuk menyeimbangkan semula nutrisi pemakanan anda:
1. Sediakan smoothie sihat
Mulakan pagi dengan minuman smoothie yang sihat, termasuk sayur-sayuran segar (seperti bayam atau kale), sedikit buah (mangga, oren atau nanas), halia segar atau serbuk protein, dan campuran dengan air kelapa.
Kenapa? Memulakan hari dengan sesuatu yang ringan, namun memenuhi keperluan nutrisi, akan membantu anda kembali ke landasan diet yang betul. Halia akan membantu menenangkan sistem penghadaman dan buah-buahan, sayuran dan air kelapa membekalkan air untuk mengelakkan air dalam badan anda mencukupi manakala protein membantu untuk memastikan anda kenyang sehingga hidangan seterusnya.
2 Berjalan pantas
Lakukan aktiviti sihat dengan berjalan kaki 30 – 45 minit selepas sarapan. Kenapa? Aktiviti fizikal membantu merangsang otot licin dalam saluran pencernaan lebih rendah yang akan membantu sistem penghadaman berjalan dengan lancar dan meningkatkan keteraturan. Anda akan berasa kalori hasil makanan yang dimakan pada hari sebelumnya dapat dibakar.
3. Pastikan minuman berkafein dan rendah kalori
Minum minuman berkafein yang rendah kalori, seperti secawan teh hitam atau kopi, atau kopi ais atau latte yang dibuat dengan susu tanpa lemak. Pengambilan kafein kecil dapat mengurangkan perasaan lemah, membantu anda merasa lebih terjaga dan berjaga-jaga.
Pastikan anda mengehadkan pilihan kepada sesuatu kalori yang rendah, bukannya beberapa minuman kopi berkalori tinggi daripada kafe kegemaran anda.
4. Sememangnya buah-buahan dan sayur-sayuran itu raja pemakanan sihat
Makan lebih banyak buah atau sayur pada setiap hidangan. Buah dan sayur bukan saja rendah kalori dalam setiap gigitan, ia juga kaya sumber kalium dan air. Cecair dan kalium membantu badan anda menghilangkan natrium yang berlebihan (yang membuatkan perut anda berasa kembung). Anda akan merasa diri lebih baik secara keseluruhan mengenai tabiat makan apabila telah mengisi hari dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sihat.
5. Makan ikan
Makan ikan seperti tuna dan salad hijau untuk makan tengah hari atau salmon panggang untuk makan malam.
Kenapa? Ikan adalah sumber vitamin B kompleks yang sangat baik, yang diperlukan oleh tubuh untuk mengubah makanan yang dimakan menjadi tenaga.
Selepas makan berat, badan anda ‘dahagakan’ vitamin B dan jika terlalu banyak meminum alkohol, permintaannya lebih tinggi. Oleh kerana tubuh anda tidak menyimpan vitamin ini, ia sangat penting untuk diambil semula.
Pokok-pangkalnya, anda boleh makan apa yang anda inginkan tapi harus bijak mengimbangi jumlah nutrisi yang diambil.