Eat Travel By: Ad Ops April 13, 2020 @ 12:24pm

Rahsia sup ayam pekat dan sedap, memang menyelerakan!

Sup ayam adalah hidangan sedap yang digemari seisi keluarga. Hidangan yang mudah disediakan itu turut menjadi alternatif sebagai penawar untuk melegakan demam dan selesema kerana ia mampu menurunkan suhu badan.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat sup ayam mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang menggemari sup ayam mamak yang kuat dengan rasa aroma rempah ratusnya, tidak kurang juga yang suka menghirup kuah sup yang cair, namun rasa ayamnya yang direneh lama memang menyelerakan.

resipi sup ayam pekat dan sedap

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Bagi yang menggemari hidangan sup ayam, Hijab & Heels kongsikan resipi daripada blog Buat Orang Lapo. Resipi yang dikongsi memang istimewa kerana rasa kuahnya pekat dan sedap.

Resipi sup ayam itu menggunakan rempah sup yang dicampur dengan rempah kurma untuk mendapatkan rasa sup yang lebih sedap.

Rahsia untuk memekatkan kuah pula adalah dengan memasukkan kentang yang telah direbus dan dikisar halus ke dalam kuah.

Bahan-bahan:

  • 1 biji kentang (direbus dan dikisar halus)
  • Air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar rempah sup & 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • 1/2 ekor ayam
  • Air secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Kentang dan lobak merah (boleh masukkan batang saderi, tomato atau cili padi mengikut cita rasa masing-masing)

Cara penyediaan:

  1. Rebus kentang sehingga empuk, kemudian toskan dan kisar halus. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan rempah sup dan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan ayam dan kacau sebentar sehingga rata.
  6. Seterusnya, tambahkan air secukupnya dan masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
  7. Setelah itu, masukkan kentang dan tunggu sehingga kuah mendidih.
  8. Akhir sekali, masukkan lobak merah dan kentang yang telah dikisar tadi. Masak sehingga kentang dan lobak merah empuk.
resipi sup ayam pekat dan sedap

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Siap dan enak untuk dinikmati dengan nasi putih, mi, kuetiau ataupun bihun. Boleh juga perahkan sedikit limau kasturi untuk menambahkan aroma dan kelazatannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 29 Aug 2018

Nasi Lemak Lobster Cuma RM25? Wow Murahnya!

Nasi Lemak Tepi Jalan mempunyai reputasi yang hebat kerana telah beroperasi selama 20 tahun.

Eat Travel Thu, 25 Jul 2019
Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

Eat Travel Sun, 15 Jul 2018

Wow! Kreatifnya Design Kek Menggunakan Cupcake Ini

Memang kreatif guna kek cawan sahaja!

Eat Travel Tue, 31 Jul 2018

Wow! Kini Ada Burger Kangkung Sambal Belacan. Memang Terangkat Habis!

Bagi anda yang ‘hantu pedas’ memang wajib cuba burger ini. Terangkat habis!

Eat Travel Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Kenapa Student Kena Kerap Pergi Melancong

Dengan melancong, anda akan dapat menimba banyak pengalaman!

Eat Travel Sun, 5 Aug 2018
Eat Travel Wed, 30 May 2018

Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Pucuk Paku Oleh Sheila Rusly Bikin Orang Terliur

Pelakon, pengacara dan produser hebat Sheila Rusly berkongsi resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Pucuk Paku untuk anda cuba di rumah.

Eat Travel Wed, 3 Jul 2019

Burger Portugal keluaran McDonald’s amat serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia

Seolah-olah ada persamaan di antara masakan di sana dan di sini.

Eat Travel Wed, 31 Jul 2019