Eat Travel By: Ad Ops February 5, 2019 @ 3:25pm

Raikan Tahun Baru Cina di Sunway Lost World Of Tambun untuk menangi hadiah menarik!

Jika anda bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina ini dan berkelapangan, janganlah luangkan masa di rumah sahaja.

Jomlah bergembira bersama keluarga atau rakan di Sunway Lost World Of Tambun (LWOT) yang menawarkan pelbagai jenis keriangan!

Bagi anda yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sini, LWOT ialah sebuah taman tema yang menawarkan pelbagai macam tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antaranya termasuklah taman air serta kolam mandian air panas, petting zoo di mana anda boleh membelai haiwan-haiwan jinak, aktiviti lasak seperti zip line dan glamping, serta tarikan hiburan seperti roller coaster dan buaian terbang.

Selain tarikan yang sedia ada, taman tema terkenal di Ipoh ini turut mengadakan macam-macam aktiviti khas yang bertemakan Tahun Baru Cina.

Untuk 2019, ia membawakan tema “Crazy Rich” yang diharapkan akan memberi banyak kemakmuran kepada tetamu.

Bukan itu sahaja, pelbagai hadiah menarik juga menanti anda yang hadir ke LWOT dari 5 ke 19 Februari.

Sertai aktiviti bertemakan Tahun Baru Cina

Salah satu tarikan utama bagi Crazy Rich ialah persembahan tarian singa tradisional, tetapi ia bukannya tarian singa yang macam biasa anda saksikan.

Persembahan ini melibatkan aksi-aksi akrobatik dan singanya pula nampak ‘bercahaya’ kerana badannya diterangi oleh lampu LED! Wah, hebatnya!

Aktiviti-aktiviti yang menanti anda sepanjang masa anda berada di LWOT termasuklah ‘Crazy Fortune Teller’, ‘Golden Dragon’ dan ‘Sweetest Stack’.

Selain itu, para pengunjung boleh bertemu dengan ‘God of Prosperity’ sendiri dan mendapatkan “ong”!

Anda juga boleh menonton pementasan teater ‘Crazy Rich Dynasty’ yang menceritakan tentang kepentingan sifat baik hati dan tolong-menolong antara satu sama lain, serta kepentingan mengingati asal-usul kita.

Bagi anda yang meminati seni kraftangan, di sesi ‘Prosperous CNY Ornaments’ anda boleh buat sendiri barang-barang perhiasan Tahun Baru Cina yang menarik.

Memandangkan LWOT merangkumi taman air, rugilah jika anda tak bermandi-manda di sini. Sambil itu, sertai ‘Awesome Pool Party’ di Jungle Waves Bay untuk keriangan berganda.

Jom menang!

Ingin menangi hadiah? Anda hanya perlu berbelanja di LWOT!

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ‘Spend Crazy Win Crazy’, buat pembelian sebanyak sekurang-kurang RM30 di mana-mana kedai F&B di LWOT. Jangan lupa untuk menyimpan resitnya sebagai bukti.

Pemenangnya akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram Sunway Lost World Of Tambun. Antara hadiah yang menanti ialah barangan daripada Poh Kong. Jangan lepaskan peluang ini!

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata, “Tema ‘Crazy Rich Chinese New Year’ dipilih bagi meraikan tradisi dan tabiat yang bermacam-macam dan gila-gila yang kita selalu lakukan ketika musim perayaan tiba.

“Sebagai sebuah taman tema yang terletak di salah sebuah bandar bersejarah di Malaysia yang kaya dengan warisan budaya, kami berharap pengunjung dari semua golongan usia akan menjadikan LWOT sebagai destinasi pilihan mereka dan meluangkan masa bersama-sama di sebalik ketenangan alam semula jadi dan batu kapur purba.”

Aktiviti-aktiviti di atas menarik sungguh, bukan? Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati keriangan pada musim perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Layari laman web Lost World Of Tambun untuk maklumat lanjut mengenai harga promosi tiket khas untuk Crazy Rich serta jadual aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung. Info tentang pembelian tiket biasa boleh didapati di sini.

Jom ke Sunway Lost World Of Tambun sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 19 Sep 2018

5 Resepi Popular Ikut Negeri. Memang Sedap Air Tangan Tanah Airku!

Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, maka lahirlah berbagai-bagai menu yang unik dan sedap.

Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Kena buat supaya perjalanan anda lancar dan tidak bermasalah.

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020
Eat Travel Thu, 11 Jul 2019
Eat Travel Sat, 1 Dec 2018

Hampir 300K Pengikut Di Instagram, Seni Ukiran Lelaki Ini Memang Awesome!

Kena tahu teknik ukiran yang betul barulah menjadi!

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018

Bukan Saja Cantik, Kek Karamel Pelangi Ini Mudah Saja Nak Buat!

Puding karamel ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis kek yang lain.

Eat Travel Thu, 10 Jan 2019

Resipi tart telur ala Hong Kong

Makan satu saja memang takkan cukup!

Eat Travel Sun, 20 May 2018

Resepi Jeli Kelapa Ini Bikin Waktu Berbuka Puasa Lebih Awesome!

Indahkan saat berbuka puasa anda dengan hidangan jeli kelapa.

Eat Travel Thu, 6 Sep 2018

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

Eat Travel Fri, 19 Oct 2018

Inilah 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Di Seluruh Dunia

Gunakan info ini untuk book tiket penerbangan anda yang seterusnya.

| Live TV