Eat Travel By: tex_admin June 7, 2018 @ 9:00am

Resepi Kari Kepala Ikan Yang Paling Power Untuk Ramadan Ini

Anda suka makan masakan kari? Penulis memang suka sangat masakan berasaskan kari ini, lagi-lagi yang berkuah ataupun dimasak sebagai gulai. Memang power kalau makan dengan nasi putih panas-panas!

Ikan, ayam ataupun daging memang enak jika dimasak gulai kari. Setuju tak?

Untuk perkongsian resepi kali ini, penulis nak kongsikan cara memasak kari kepala ikan yang superb rasanya! Resepi ini anda boleh cuba untuk juadah berbuka puasa mahupun ketika bersahur.

Apa tunggu lagi, jom kita semak cara-cara nak masak kari kepala ikan.

Bahan-bahannya:

Kepala ikan merah

3 Ulas bawang merah, dihiris

3 Ulas bawang putih, dihiris

1 Inci halia, dihiris

2 Biji bawang besar, dihiris

1 Tangkai daun kari

1 Sudu kecil halba campur

100 Gram serbuk kari

1 Sudu besar air asam jawa

1 Cawan santan

3 Batang bendi

1 Biji tomato

2 Tangkai cili hijau

2 Tangkai cili merah

1 Liter air

Sedikit garam

Sedikit gula

Minyak Masak

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan halba. Kacau sehingga garing.

2. Di dalam mangkuk kecil, campurkan sedikit air ke dalam serbuk kari dan kacau sedikit. Kemudian, tuang ke dalam periuk dengan perlahan-lahan. Kacau.

3. Masukkan pula air asam jawa dan air putih. Kacau sehingga rata. Biarkan mendidih sebentar.

4. Masukkan kepala ikan, tomato dan bendi. Kacau perlahan dan biarkan sehingga kepala ikan masak.

5. Apabila kepala ikan sudah masak, masukkan pula santan, sedikit garam, gula, cili merah dan cili hijau. Biarkan sehingga masak. Siap!

Anda boleh saksikan video di bawah ini untuk gambaran dengan lebih jelas.

Selamat mencuba!

Sumber: iCookAsia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

14 Lokasi Makan-Makan Terbaik Di Taiping, Perak

Memang berbaloi untuk anda kunjungi.

Eat Travel Thu, 17 Jan 2019
Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

5 Tip Untuk Pengalaman Melancong Secara Solo Yang Lancar & Selamat

Tak perlu risau, ikuti saja panduan dan tip-tip ini.

Eat Travel Thu, 13 Jun 2019

Cuba buat nuget kubis bunga berinti keju yang sihat ini, anak anda pasti suka!

Mudah sahaja untuk membuatnya, anak anda pun boleh tolong!

Eat Travel Wed, 31 Jul 2019
Eat Travel Sun, 5 Aug 2018
Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

Sedang Berdiet? Jom Cuba Menu Sihat Salad Udang Panggang Bersama Mi Ini

Kalau anda nak tahu, menu ini ‘kaya’ dengan sayur-sayuran!

Eat Travel Sun, 3 Jun 2018
Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

Succi Sushi, Lokasi Makan Sushi Yang Bukan Saja Sedap Tetapi Dijamin Halal!

Dengan melihat foto saja sudah membuatkan kita terliur!

| Live TV