Eat Travel By: Ad Ops June 1, 2020 @ 11:30am

Resipi bihun goreng Singapura, enak dan mudah untuk disediakan

Bihun goreng Singapura adalah antara hidangan yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Biarpun hidangan bihun berwarna putih kerana pesnya tidak menggunakan cili kisar, sos mahupun kicap, namun rasa pedas bihun dapat dirasai daripada lada hitam dan lada sulah.

Jom cuba resipi bihun goreng Singapura perkongsian daripada blog masakan, Resipi Che Nom. Hidangan bihun goreng Singapura sangat sedap dinikmati seisi keluarga tidak kira masa.

resipi bihun Singapore

Kredit gambar: Ayomasak.id

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun (400g)
Sedikit minyak untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam dipotong dadu
3 batang kek ikan dipotong dadu
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
Kobis dicincang kasar
Lobak merah dipotong mancis
Sawi
Taugeh
Lada sulah dan lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan

Bahan-bahan tumbuk halus:

5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam

Cara penyediaan:

1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan serta naik bau.
3. Masukkan isi udang, isi ayam dan kek ikan.
4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
6. Tabur sedikit lada sulah, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Tambah taugeh pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
7. Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng serta daun bawang.

Bihun goreng Singapura siap dan sedap dinikmati bersama-sama cili potong kicap, cili jeruk, sambal kicap dan telur dadar. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Tue, 31 Mar 2020

Cara buat roti jala corak segi empat

Resipi mudah Mariana Zainal

Eat Travel Tue, 29 Oct 2019
Eat Travel Fri, 30 Nov 2018
Eat Travel Thu, 21 May 2020
Eat Travel Sun, 29 Apr 2018

Teringin Makan Churros? Ikut Resepi Mudah Ini, Gerenti Selepas Ini Boleh Makan Setiap Hari

Churros boleh dijadikan hidangan minum petang istimewa buat tetamu yang datang bertandang di rumah anda sekiranya tidak sempat membeli apa-apa untuk menjamu mereka.

Eat Travel Fri, 27 Apr 2018

8 Kek Ini Nampak Realistik Sangat, Tak Tahulah Nak Makan Atau Simpan Buat Kenangan

Kena belajar buat kek berapa tahun untuk jadi semahir mereka ini?

Eat Travel Sat, 28 Apr 2018

Jom Cabar Diri Anda Dengan Makan Burger Ramen Yang Pedas Ini. Ada Berani?

Macam sedap saja burger ramen ni. Mesti pedas!

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Eat Travel Sat, 2 May 2020

| Live TV