Eat Travel By: Ad Ops February 20, 2020 @ 5:35pm

Resipi sos lada hitam menjilat jari untuk chicken chop

Chicken chop adalah antara hidangan Barat yang amat popular dan digemari ramai. Hidangan lazat ayam tanpa tulang yang dipanggang atau digoreng itu tidak lengkap jika tidak disediakan dengan sos lada hitam yang enak.

Tidak dinafikan hidangan berkenaan sangat mudah didapati di mana-mana sahaja, daripada gerai makan biasa sehinggalah hotel mewah, namunada kalanya ia mungkin tidak menepati cita rasa anda.

Oleh itu, apa kata anda cuba sediakan sendiri sos lada hitam di rumah. Bukan sahaja menjimatkan, malah berbaloi dan sangat puas untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Resipi sos lada hitam yang dikongsi pemilik akaun Facebook, Yatt Sahdan‎ di laman masakan popular, Masak Apa Hari Ni (MAHN) itu sangat mudah untuk disediakan. Pasti anda akan makan licin sehingga menjilat jari!

resipi sos blackpepper chicken chop

Yatt menyediakan hidangan chicken chop sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran suaminya. Kredit gambar: Facebook Yatt Sahdan

Bahan yang diperlukan:

1 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih, dicincang
1 tin sos Prego Keju & Herba
Lada hitam (jumlah mengikut kepada cita rasa dan tahap kepedasan yang diingini)
1 sudu kicap manis sebagai pewarna

resipi sos blackpepper chicken chop

Kredit gambar: Facebook Yatt Sahdan

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan masukkan mentega.
2. Kemudian, tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Seterusnya, masukkan sos Prego Keju & Herba.
4. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan kuah sos yang diingini.
5. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk kasar.
6. Kemudian, tambahkan secubit garam, secubit serbuk Maggi Cukup Rasa dan gula.
7. Akhir sekali, masukkan satu sudu kicap manis untuk memberi warna pada kuah.

resipi sos blackpepper chicken chop

Kredit gambar: Facebook Yatt Sahdan

Sos lada hitam siap untuk dinikmati seisi keluarga. Hidangan chicken chop lebih meriah disajikan bersama-sama kentang goreng dan coleslaw. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Thu, 28 Jun 2018

Puas Dapat Makan Sotong Gergasi Di Nasi Kukus Sotong Besar

Apa yang seronoknya makan di restoran Nasi Kukus Sotong Besar ini, harga setiap hidangan bawah RM15.

Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Fri, 17 May 2019

Hidangan Rusa Golek tarikan utama iftar di Temasya Movenpick KLIA. Memang terangkat!

Selain rusa golek, terdapat 120 lagi hidangan yang lazat!

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Eat Travel Wed, 6 Jun 2018

Minat Harry Potter? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Kunjungi Set Perfilemannya Yang Ikonik!

Francais filem ini pun sudah tamat, jadi anda boleh imbas kembali memori indah ketika anda menonton filem-filem popular ini.

Eat Travel Wed, 9 Oct 2019

Destinasi percutian hujung minggu yang pasti berbaloi!

Lima tempat ini pasti memberikan ketenangan buat pengunjungnya

Eat Travel Tue, 19 May 2020