Oleh Syarifah Fatin Anisa
Memasak bersama anak kecil boleh menjadi bencana jika anda tidak tahu mengawalnya, namun ia juga boleh menjadi cara untuk merapatkan hubungan bersama anak anda.
Anda mungkin fikir bahawa kehadiran mereka adalah sebagai ‘pengacau’ di dapur, tetapi sebenarnya aktiviti memasak di dapur dapat meningkatkan kemahiran motor yang melibatkan pergerakan kecil menggunakan tangan.
Ini kerana, anda boleh meminta anak anda untuk melakukan aktiviti seperti memotong strawberi menggunakan pisau.
Jika anda risaukan keselamatan mereka, gunakan pisau seramik yang mudah untuk dikendalikan.
Resipi aiskrim strawberi ini ialah contoh makanan yang mudah dan enak untuk dicuba bersama anak kecil anda!
Anda hanya memerlukan:
Bahan-bahan
10 biji strawberi
Sekotak besar susu UHT
Bekas popsicle
Cara penyediaan
Potong strawberi menjadi saiz kecil
Seterusnya, masukkan strawberi ke dalam bekas popsicle dan campurkan susu ke dalamnya.
Akhir sekali, bekukan selama lima hingga enam jam di dalam peti sejuk beku.
Bagaimana, mudah bukan?
Lihat video untuk lebih memahami caranya. Cubalah!