Eat Travel By: Yanie Baharom July 5, 2018 @ 9:00am

Restoran Air Terjun Labassin Destinasi Wajib Dikunjungi Kalau Sudah Jejakkan Kaki Di Filipina

Air terjun biasanya menjadi lokasi yang menarik untuk aktiviti seperti berkelah atau bermain air. Namun berbeza pula di Filipina, air terjun dijadikan lokasi sebuah restoran.

Restoran yang dimaksudkan ini ialah Villa Escudero Resort yang terletak di San Pablo, Filipina. Restoran bertemakan alam ini dikelilingi pokok-pokok hijau serta pemandangan yang cukup cantik.

Air terjun ini juga dikenali dengan nama Air Terjun Labassin. Ia merupakan air terjun buatan, bukan semulajadi. Walaupun begitu, kejernihan dan aliran airnya yang deras adalah magnet utama yang menarik pengunjung ke sini.

Foto: The Vocket

Sambil makan sambil ditemani gemercik air, menjanjikan suasana makan tengahari yang cukup tenang buat pengunjung. Apatah lagi restoran ini juga direka dengan konsep alam, seperti meja dan kerusi yang dibuat daripada bambu.

Tak perlu ragu untuk duduk santai di bangku restoran ini, kerana air yang turun tak akan membasahi kita. Meskipun air jatuh ke arah restoran, namun air tersebut mengalir secara tenang dan tidak deras, sehingga dijamin anda tidak akan basah kuyup.

Foto: The Vocket

Cuma lantai restoran ini sengaja dibuat basah dari aliran air terjun sehingga kita pun bisa merasakan sensasi dinginnya air terjun Labassin.

Pengunjung yang ingin berbasah-basahan juga boleh berenang di kubangan air terjun. Sementara mereka ingin melakukan refleksi, duduk saja di bawah air terjun, maka kita akan merasa seolah air terjun sedang memicit dan mengurut lembut tubuh anda.

Foto: Man Of Wanders

Bayangkan anda makan sambil menikmati kesejukan air yang mengalir di kaki, tentu seronok bukan? Menu makanan pula, di sini lebih kepada hidangan berasaskan makanan laut.

Selain dari makan sambil basah-basah, pelbagai lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini. Contohnya seperti berakit, melawat muzium dan melihat pertunjukan budaya masyarakat Filipina.

Jika anda merancang untuk ke Filipina, tempat ini mungkin boleh dimasukkan di dalam senarai destinasi anda. Bukan senang nak dapat peluang mandi sambil makan macam ni.

Sumber: The Vocket

Sumber Video : YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 16 Mar 2020
Eat Travel Fri, 15 May 2020

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Destinasi wajib dikunjungi selepas tamat PKP!

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

10 Benda Yang Patut Ada Dalam Beg Carry-On Sekiranya Penerbangan Anda Tergendala

Bila anda tersangkut di airport berjam-jam, kalau boleh anda nak rasa selesa.

Eat Travel Fri, 17 Apr 2020

Mahu ikan goreng rangup dan sedap? Ini rahsianya

Bukan sekadar garam kunyit biasa!

Eat Travel Wed, 31 Oct 2018

Aiskrim Dalam Claypot? Wow Uniknya!

Lupakan keropok lekor, jom serbu Bunnyster Cafe!

Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018
Eat Travel Mon, 3 Jun 2019