Eat Travel By: Yanie Baharom January 2, 2019 @ 2:00pm

Rindu Masakan Tradisi Sarawak? Usah Gusar Jom Kitak Ke Dapopuro!

To all Sarawakian yang merindui masakan tradisi Bumi Kenyalang, kini anda boleh lenyapkan parasaan mengidam itu dengan mengunjungi Dapopuro.

Bertempat di No. 41 Jln BP 7/2, Bandar Bukit Puchong 2, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor, Dapopuro menyediakan segala menu popular Sarawak.

Salah satunya yang wajib dicuba anda adalah Nasi Aruk bersama Santubong Platter. Bagi yang pernah menikmatinya pasti bersetuju dengan rasanya yang mengancam!

Lebih-lebih lagi Nasi Aruk Terubuk Masin dan Nasi Aruk Buah Dabai. Suapan pertama memberi definisi yang sukar untuk digambarkan kelazatannya.

Kata pemilik, Mieza dan Redzul Radzon, bukan sebarang ikan terubuk yang digunakan. Semuanya dibawa khas dari Sarawak untuk mengekalkan keaslian rasa. Senang cerita, nasi aruk ini perinciannya lebih halus daripada segi rasa dan cara pembuatan.

Minuman popular di Sarawak pun ada di sini. Paling sedap ialah Teh C Peng Special. Memang sedap sebab menggunakan Gula Apong Sarawak.

Siapa yang rindu buah dabai, Dapopuro ada ubatnya. Selain dibuat nasi goreng, buah dabai juga dijual secara kilo di kafe sekiranya tiba musim. Jadi, sentiasa update di laman sosial Dapopuro ya.

Lebih menarik, setiap hujung minggu, Dapopuro menyajikan pelbagai menu istimewa seperti Linut, Nasi Campur Sarawak, Ayam Pansoh, Kuyong Masak Kicap dan Tempoyak Goreng.

Menurut Mieza yang berasal dari Pengkalan Kampung Lintang Sarawak, dekorasi kafe miliknya adalah hasil daripada sumbangan pelanggan yang datang.

“Sudah menjadi budaya di Sarawak, pelanggan akan datang membawa buah tangan untuk kedai. Dan kami masih amalkannya di sini. Jadi terhasillah hiasan ini.”

Dan ulasnya, Laksa Sarawak di sini masih mengekalkan keaslian rasa dengan penggunaan rempah yang kuat. Dan ini merupakan antara killer menu yang mendapat sambutan yang cukup hebat.

Mee Kolok, menu wajib yang harus dicuba. Bagi yang keliru cara menikmatinya, begini caranya. Anda perlu ambil dua sudu sup dan masukkan ke dalam mee untuk melembutkannya. Jangan masukkan semua kuah sup, nanti jadi mee sup pula. Selepas itu, masukkan sos atau cili kicap dan gaul sebati.

Nasi Lemak Antu

Wow, dengar nama pun sudah menakutkan. Apa yang menarik di sebalik nama Nasi Lemak Antu, katanya, menjadi budaya di Sarawak makan lewat malam bermula jam 12.00 tengah malam.

Dan disebabkan itu, masih ada peniaga yang beroperasi daripada rumah. Jadi, Nasi Lemak Antu hanya akan dihulurkan melalui tingkap dan tidak nampak siapa yang menghulurkannya.

Jadi, terhasillah Nasi Lemak Antu. Serius dari hati, Nasi Lemak Antu ini memang super duper sedap, ditambah dengan Ikan Gonjeng Masin.

Menu Wajib Cuba Di Dapopuro

1. Mee Kolok Special (RM11.80)

Foto: Dapopuro

Mee Kolok Special digelarkan “Special” kerana hidangan menggabungkan hirisan daging dan ayam.

Mee-nya kenyal dengan gabungan sos kicap istimewa. Enak rasanya.

2. Kuah Laksa Sarawak (RM8.80)

Foto: Dapopuro

Kuah laksa yang cukup perasa dan perisanya. Untuk rasa yang lebih pedas, tambahkan sambal. Malah udang yang disertakan besar dan segar.

3. Santubong Platter (RM19.90)

Foto: JJCM

Hidangan jumbo ini boleh dijamah oleh tiga hingga empat orang.

Terdiri dari tiga jenis hidangan nasi goreng, Santubong Platter merupakan hidangan yang sempoi tetapi cukup memuaskan hati.

Nasi Goreng Dabai (yang berwarna ungu) memberikan rasa lemak-lemak dan kelat-kelat, Nasi Goreng Corn Beef dan Nasi Goreng dengan Terubuk Masin.

4. Linut Viral (RM8.80)

Foto: JJCM

Untuk pesanan yang lebih unik, Linut Viral (RM8.80) harus dicuba. Tetapi jangan dikunyahnya sagu itu.

Anda hanya perlu gulungkannya, celupkan di dalam hidangan yang disediakan dan telan.

Sumber: Saji Online & JJCM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Mon, 6 Apr 2020
Eat Travel Sat, 8 Sep 2018
Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Eat Travel Thu, 10 May 2018

Tambat Hati Suami Dan Anak Dengan Hidangan Sosej Cheese Crispy Ini. Pasti Menjilat Jari!

Jom cuba buat menu sosej cheese cripsy ini. Gerenti makan tak cukup satu!

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Dibina Menggunakan Sumber Asli Garam, Hotel Luna Salada Pasti Buat Anda Terpegun!

Bolivia terkenal dengan Salar de Uyuni, sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Eat Travel Sat, 9 Mar 2019
Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Ikan Berenang-Renang Di Kaki Anda Bila Lepak Minum Di Kafe Ini

Jangan risau, ikan-ikan ini tak akan gigit kaki anda!

Eat Travel Tue, 2 Oct 2018

‘Pasembur Menari’ Ini Sedap Sangat! Rugi Kalau Tak Cuba

Paling istimewa adalah kuah pasembur ini! Memang sedap!

Eat Travel Sat, 23 May 2020

Roti ‘gergasi’ Vietnam gegar perhatian dunia

Roti dengan ketinggian separa tubuh manusia

| Live TV