Eat Travel By: Ad Ops March 14, 2020 @ 4:36pm

Roti lasagna, resipi paling mudah tapi sedap menyelerakan!

Alamak! Roti masih banyak, tapi dah hampir tamat tarikh tempoh. Jangan bazir dengan membuang roti kerana anda boleh buat resipi roti lasagna yang mudah dan sedap. Lasagna ialah masakan Itali yang digemari ramai, namun biasanya dibuat menggunakan pasta petak besar khusus untuk lasagna.

Resipi yang dikongsi suri rumah, Nazatul Fairuz daripada Buat Orang Lapo itu menggunakan ketuhar, tapi jangan risau bagi yang tiada ketuhar di rumah kerana resipi ini boleh dimasak menggunakan kuali biasa di atas dapur gas.

resipi roti lasagna sedap dan mudah

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Caranya cuma lapikkan roti dua lapis sahaja dan letakkan di atas non-stick pan atau kuali tidak melekat serta masak di atas dapur menggunakan api kecil. Tutup kuali supaya roti masak sekata.

Jika tidak mempunyai kuali tidak melekat, boleh letak sedikit minyak supaya roti tidak melekat pada kuali. Satu lagi kaedah lain jika tidak mahu menggunakan minyak, boleh balut roti dengan aluminium foil dan bakar di atas kuali seperti biasa.

Selain roti putih, anda juga boleh menggunakan roti gandum penuh (wholemeal), roti gandum tulen (wheatmeal) dan sebagainya.

Bahan yang diperlukan:

1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
400 gram daging cincang
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan sayur campuran
Garam
Gula
Serbuk lada hitam
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
Roti
Keju (mengikut cita rasa dan pilihan anda)

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. (boleh tumis sekali dengan cili padi atau cili kering kisar, jika hendak pedas)
2. Seterusnya, masukkan daging cincang. Kacau dan biarkan sehingga daging masak.
3. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan juga serbuk lada hitam.
5. Masukkan juga sayur campur dan kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
6. Pukul telur sedikit dan campurkan dengan susu segar.
7. Celup roti ke dalam telur dan susun di dalam loyang. (sapukan sedikit keju atau marjerin di atas loyang untuk elak roti melekat)
8. Ratakan daging yang telah dimasak tadi di atas roti dan taburkan keju secukupnya.
9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga habis.
10. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c. Bakar selama 30 minit sehingga masak bergantung pada ketuhar masing-masing.

resipi roti lasagna sedap dan mudah

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Roti lasagna siap untuk dinikmati. Golongan ibu tidak perlu lagi risau nak masak apa hujung minggu ini atau ketika musim cuti persekolahan yang dah pun bermula. Anak-anak pasti suka, selamat mencuba!

Rujuk video di bawah untuk resipi roti lasagna yang lebih jelas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 27 Mar 2019

Anak tidak mahu makan nasi? Resipi nuget buatan sendiri ini pasti membangkitkan selera mereka!

Anak anda masih akan mendapat nutrisi secukupnya dengan nugget ini.

Eat Travel Tue, 5 Jun 2018
Eat Travel Fri, 1 Feb 2019

Inilah teknik yang betul untuk menjamah pasta seperti orang Itali sebenar

Hendak nampak seperti seorang yang profesional?

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Tue, 1 May 2018

30 Foto Jalan Atau Lorong Menarik Di 30 Buah Negara, No. 26 Paling Cantik!

Jom “travel” dan lihat bagaimana rupanya jalan atau lorong di 30 buah negara yang berbeza. 

Eat Travel Wed, 19 Dec 2018

Mee Besen Original Melaka, Makan Sampai Kenyang!

Khabarnya hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka!

Eat Travel Fri, 15 Jun 2018

Ada Yang Masih Tak Tahu Nak Buat Brownies? Ini Dia Resipi Mudah Untuk Anda

Hasilnya adalah brownies yang kaya dengan rasa coklat dan kenyal. Memang syok!

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Orang Orang Art Cafe, Lubuk Makanan Eksotik Belangkas!

Belangkas masak lemak cili api dan bakar, dua hidangan paling popular di sini.

Eat Travel Tue, 22 May 2018

Ingin Nikmati Bufet Ramadan Yang Lazat Dan Berpatutan? Jom Singgah Laman Kayangan Shah Alam

Terdapat 11 gerai kesemuanya bermula dari huruf A hingga J yang menyediakan kepelbagaian menu menarik.