Eat Travel By: Shaidah Shafie January 9, 2020 @ 4:11pm

Sambal, antara khasiat dan selera!

Sambal sering dijadikan bahan penyedap atau pembuka selera kala menjamah hidangan baik di rumah atau di mana-mana restoran mahupun kedai makan yang dikunjungi.

Sama ada sambal belacan, sambal kicap, sambal tempoyak atau sambal pedas, kalau sudah namanya sambal ia akan tetap menjadi buruan penggemarnya meskipun ada yang dihasilkan pada tahap pedas melampau dan boleh berdesing telinga serta mengalir air mata dibuatnya sejurus tercecah pada lidah.

Bagaimanapun mungkin ramai yang  tidak pernah terlintas mengenai retorik sambal dalam lanskap jamuan di sesuatu majlis atau di atas  meja di dapur sendiri yang disediakan emak atau isteri.

Justeru, sama ada pedas, manis atau masin sambal yang dikecap itu, ia terpulang kepada penerimaan tahap kepedasan dimiliki individu itu sediri. Dalam hal ini, penulis teringat kepada rakan yang gemar menikmati makanan pedas dan katanya pedas itu nikmat kerana membangkitkan keenakan sesuatu makanan.

“Sambal dimakan untuk menikmati rasa pedasnya di atas lidah.” – Datuk Fazley Yaakob. Foto: NSTP/ROSELA ISMAIL

Cef selebriti yang juga pemilik Suka Sucre Bistro, Datuk Fazley Yaakob berkata, sambal dihasilkan bukan untuk dimakan kerana khasiatnya, sebaliknya ia dimakan kerana ingin meraih pengalaman kala menikmati sambal itu sendiri yang sudah semestinya pedas. 

Sambal lazim dimasak lama di atas dapur. Gambar hiasan: NSTP/ NURUL SHAFINA JEMENON

“Sambal atau rendang sering dimasak dalam kadar masa yang agak lama. Kita kena faham apabila memasak atau menyediakan sambal, tempoh memasak yang lama itu bertujuan menghilangkan kelembapan.

“Apabila tiada kelembapan dalam kandungan bahan-bahannya, ia lambat rosak atau lambat basi. Jadi, sambal tiada kandungan zat atau mineral, sebaik-baiknya jika mahu mendapatkan zat atau mineral, ambil sahaja hidangan seperti sayur-sayuran atau buah dan bukannya daripada sambal,” katanya ketika ditemui di ibu kota baru-baru ini.

Sama ada sambal yang dimasak atau tidak, ia tetap menjadi pilihan baik di rumah atau di hotel lima bintang. Gambar hiasan:  NSTP/KHAIRUNISAH LOKMAN

Katanya lagi, untuk menyediakan sambal yang boleh bertahan lama serta sedap apabila dimakan, ada cara tertentu yang perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak mudah diserang kulat yang lazim tumbuh pada permukaan makanan termasuk sambal.

“Lazim juga apabila memasak sambal, kita akan menumis atau membiarkan ia mendidih agak lama di atas dapur dan sekiranya sambal yang dihasilkan itu mengandungi santan, biarkan ia pecah minyak.

“Ini kerana apabila ia pecah minyak, molekul kelembapan di dalam santan juga sudah tiada dan apabila tiada kelembapan, dengan teknik penyimpanan yang betul, masakan berkenaan boleh bertahan lama,” katanya.

Panduan lain diberikan Datuk Fazley mengenai penyimpanan sambal atau makanan lain agar tahan lama ialah pastikan makanan betul-betul sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

“Apabila ia sejuk dengan sempurna, tiada wap udara dalam bekas berkenaan yang akan menitik ke dalam makanan yang sudah sedia bebas daripada kelembapan, jadi ia boleh disimpan lebih lama berbanding makanan yang ada wap air menitis di atasnya,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

30 Foto Keajaiban Semulajadi Di Dunia Yang Menakjubkan, No. 8 Paling Wow!

Memang syok kalau dapat pergi cuci mata in person.

Eat Travel Fri, 3 Aug 2018
Eat Travel Sun, 2 Dec 2018

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Anda boleh pilih topping pizza yang anak-anak suka!

Eat Travel Fri, 15 Jun 2018

Ada Yang Masih Tak Tahu Nak Buat Brownies? Ini Dia Resipi Mudah Untuk Anda

Hasilnya adalah brownies yang kaya dengan rasa coklat dan kenyal. Memang syok!

Eat Travel Fri, 1 Feb 2019

Inilah teknik yang betul untuk menjamah pasta seperti orang Itali sebenar

Hendak nampak seperti seorang yang profesional?

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Thu, 28 May 2020

Menu asli Malaysian Deli tarik rakyat Malaysia jamu selera

Nasi lemak, mi kari, martabak semua sedap

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Jika Anda Buat Perkara Ini Ketika Melancong, Memang Sah Anda Seorang Rakyat Malaysia

Tengok sama ada anda lakukan atau tak perkara-perkara ini.

Eat Travel Mon, 22 Oct 2018

Jom Cuba Masak Nasi Hujan Panas Sempena Cuaca Malaysia Yang Tak Menentu Sekarang

Kalau perkena dengan ayam masak merah atau rendang daging… fuuuh, terangkat!

Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

‘Tis The Season To Have A Yummy ‘Kissmas Feast’ With A Little Asian Twist!

You don’t need to celebrate Christmas to enjoy it!