Eat Travel By: Ad Ops May 11, 2018 @ 4:00pm

Sebelum Melancong Ke Tokyo, Belajar Dulu Tentang Etika Dan Budaya Orang Jepun

Ibu negara Jepun ini adalah tempat tinggal bagi 37 juta orang yang bukan sedang bercuti. Walaupun mereka sibuk bekerja, warga Tokyo semestinya akan menyambut kedatangan pelancong, selagi mereka menghormati gaya hidup orang tempatan.

Kebanyakan orang sana tak pandai bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Kalau anda sebagai pelancong mengalami halangan bahasa, tak boleh nak buat apa-apalah.

Tapi, sekurang-kurangnya anda boleh cuba patuhi peraturan dan hormati budaya mereka. Memanglah kita pelancong jadi kita tak boleh dipersalahkan kalau kita tak biasa. Jadi apa salahnya kalau kita cuba belajar tentangnya supaya apabila kita ke sana nanti, kita dah bersedia?

1. Jaga adab

Foto: www.foreignbrief.com

Tokyo adalah salah satu bandar metropolitan di dunia yang amat maju, teratur, bersih dan moden. Pada masa yang sama, ia terkenal dengan budaya penduduknya yang sopan dan bertimbang rasa. Jadi bila anda di sana, tak salah jika anda pun tunjukkan adab yang sama.

Sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling anda. Di dalam keretapi yang sesak, anda selalunya akan berhimpit, jadi pastikan anda tak mengambil terlalu banyak ruang untuk anda sendiri supaya orang lain boleh menikmati kemudahan pengangkutan tersebut.

Kebanyakan restoran di sana pun bersuasana senyap dan intimate, jadi jangan buat bising ketika anda makan atau bersembang.

2. Ingat yang anda di negara orang

Foto: Matt Murphy

Tindakan berbaris untuk membeli sesuatu atau memasuki sesebuah restoran, keretapi atau bangunan memanglah sesuatu yang dianggap penting oleh warga Tokyo. Anda memang tak boleh curi-curi masuk atau potong queue.

Anda juga perlu peka tentang arah mereka berjalan ketika di khalayak ramai. Semuanya kena teratur, termasuklah bila anda menuruni atau menaiki escalator (berdiri di sebelah kiri!).

Keretapi jarang-jarang sekali tak menepati waktu. Jadi bila anda mempunyai perancangan untuk ke mana-mana, anda harus sampai 10 minit sebelum waktu yang dirancang. Kalau anda tak sampai awal, anda dah dikira lambat.

3. Kebersihan tersangatlah penting

Foto: Brice Argenson

Kalau anda perasan, mana ada sampah di jalan raya atau di tepi jalan. Bersih sungguh! Orang Jepun memang telah diajar untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat, dan mereka memang biasa mengitar semula barang buangan mereka.

Anda juga akan perasan yang tong sampah awam memang susah nak dijumpai, kecuali di kedai convenience store. Apa orang Jepun buat ialah simpan dulu sampah di dalam beg sampailah mereka jumpa tong sampah. Anda pun kena buat begitu. Jangan buang di merata-rata, ya!

Anda juga takkan nampak gerai-gerai makanan di tepi jalan, sebab anda tak boleh makan ketika berjalan di situ. Minum bolehlah, tapi kalau anda makan snek atau onigiri, anda akan dipandang serong. Samalah juga jika anda makan di dalam keretapi.

4. Pilih restoran yang betul mengikut diet anda

Foto: Xavier Girard Lachaîne

Sebelum makan di mana-mana restoran, anda sepatutnya tahu dan mahu apa yang ia tawarkan. Anda tak boleh minta untuk ubah suai menunya, jadi jika anda mempunyai diet yang khusus, anda kena pilih restoran yang betul-betul menawarkan apa yang anda nak makan.

Tip-tip lain ketika makan:

  • Bila nak makan sushi, kalau anda tak biasa pakai chopsticks, jangan sesekali pakai garfu! Makan saja dengan tangan. Chopsticks itu pula jangan dibuat macam pemukul dram atau magic wand.

Foto: Thinkstock

  • Anda boleh hirup mi anda, tapi jangan hirup sup sampai buat bunyi.
  • Selepas habis makan di sesebuah restoran, jangan lepak-lepak di situ jika ada orang sedang beratur nak masuk.
  • Ada sesetengah restoran memerlukan anda untuk membuka kasut. Jadi, bersedialah.
  • Anda mungkin teringin untuk mencuba semua jenis makanan, tapi ingat, orang-orang Jepun pentingkan sumber asli. Jadi, makanan di sana langsung tak boleh dibazirkan. Semasa memesan makanan, fikir dahulu sebanyak mana yang anda larat nak makan.

Ingat! Anda mesti suka bila pelancong asing hormati budaya kita di Malaysia, kan? Samalah juga dengan orang Jepun. Hormati mereka, dan mereka akan membalas budi kita.

Sumber: Bon Appetit

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 12 Jun 2018
Eat Travel Tue, 7 May 2019
Eat Travel Fri, 7 Jun 2019
Eat Travel Tue, 28 May 2019
Eat Travel Tue, 15 Jan 2019

Machu Picchu kini menggunakan sistem tiket baharu yang ketat untuk mengelakkan kesesakan

Perubahan adalah perlu untuk memelihara tapak warisan dunia ini.

Eat Travel Mon, 14 Jan 2019
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

Eat Travel Wed, 22 Apr 2020