Eat Travel By: Ad Ops October 8, 2018 @ 2:00pm

Suka Makan Churros? Jom Cuba Buat Donat Churro Berisi Coklat Dengan Resipi Ini

Churro adalah sejenis snek tepung bergoreng yang berasal dari Sepanyol dan Portugal. Kini ia dah “merebak” ke seluruh dunia dan dah ada macam-macam variasi dan perisa celup.

Yang paling popular bagi rakyat Malaysia adalah churro yang bersalut campuran gula dan serbuk kayu manis.

Salah satu idea terbaru bagi snek churro ini adalah churro berbentuk donat yang berisi coklat cair. Wooh, dapat bayangkan tak? Tekstur luarnya sama macam churro bergula, tapi yang special, di dalamnya ada coklat. Memang lebih power!

Kalau anda nak cuba buat sendiri, ikuti resipi mudah di bawah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • ¼ cawan mentega
  • 2 sudu besar gula perang
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 3-4 biji telur
  • ½ cawan cip coklat
  • Minyak untuk goreng
  • Gula bercampur dengan serbuk kayu manis (cinnamon sugar)

Alatan dapur:

  • Piping bag dengan muncung berbentuk bintang yang besar
  • Kertas minyak

Cara penyediaan:

  1. Dalam sebuah pan di atas api sederhana tinggi, masukkan mentega, gula perang, garam dan air. Kacau hingga mendidih. Cepat-cepat kurangkan api ke sederhana rendah dan tambahkan tepung.
  2. Dengan menggunakan sudip kayu, kacau hingga adunan tersebut terbentuk menjadi bola. Pastikan tiada ketulan.
  3. Alihkan daripada api dan biarkan sejuk selama 5 minit sebelum teruskan ke langkah seterusnya.
  4. Campurkan ekstrak vanila dan kemudian masukkan telur satu persatu. Kacau adunan tersebut hingga telur itu hancur sebelum memasukkan telur seterusnya.
  5. Bila semuanya dah sebati, pindahkan ke dalam sebuah piping bag dengan muncung berbentuk bintang.
  6. Di atas dulang yang dialas dengan kertas minyak, bentukkan adunan tersebut menjadi gelang dengan lubang di tengah-tengahnya.
  7. Letakkan cip coklat di atasnya dan picitkan lagi satu gelang dough di atasnya. Pastikan tiada ruang di antara setiap lapisan dough. Macam donat!
  8. Masukkan dulang itu ke dalam freezer dan sejukkan hingga keras, iaitu selama 3 jam atau semalaman.
  9. Panaskan minyak di dalam periuk setinggi 175 darjah Celcius.
  10. Keluarkan dulang dari freezer dan gunakan pisau mentega untuk tanggalkan donat churro itu. Jika ada terlebih, simpan semula ke dalam freezer sebelum anda menggorengnya.
  11. Goreng donat secara berperingkat, supaya periuk anda tak penuh sangat, hingga menjadi perang dan dough itu dah betul-betul masak.
  12. Keringkan di atas tisu keras dahulu sebelum golek-golek dalam gula cinnamon. Siap!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

14 Lokasi Makan-Makan Terbaik Di Taiping, Perak

Memang berbaloi untuk anda kunjungi.

Eat Travel Fri, 8 Mar 2019

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Pencinta makanan laut pasti menyukainya

Eat Travel Tue, 13 Nov 2018

Ini Resepi Oreo Sponge Cake Yang Lembut, Sedap & Mudah Disediakan

Nak lagi sedap makan bersama ais krim vanila.

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018
Eat Travel Sun, 14 Oct 2018

Ini Resipi Sos Bolognaise Yang Berasaskan Sayuran, Khas Untuk Pengamal Diet Vegetarian

Sos untuk pasta ini tidak mengandungi sebarang daging haiwan.

Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Restoran Pertama Yang Bertemakan ‘My Neighbour Totoro’ Telah Dibuka Di Thailand!

Peminat filem Studio Ghibli, jangan lepaskan peluang ini!

Eat Travel Fri, 13 Jul 2018

Sebelum Nak Beli, Ketahui Tip Memilih Durian Yang Terbaik Ini

Kalau nak beli durian yang isinya padat, ikuti tip ini ya!

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018

5 Lokasi Char Kuay Teow Paling Sedap Di Sekitar Lembah Klang

Dah lah sedap, harganya pun berpatutan!

Eat Travel Fri, 8 Jun 2018

Tak Perlu Cari Hingga Ke Terengganu. Jom Belajar Buat Keropok Lekor. Mudah Sangat!

Rahsia resipi keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak.

Eat Travel Fri, 12 Jun 2020

Chalet atas air sediakan pengalaman berbeza

Tidur seperti dibuai ombak