Eat Travel By: Yanie Baharom February 9, 2019 @ 12:00pm

The Resort Eleuthera Bahamas, lokasi penginapan khusus untuk golongan obesiti saja. Wah, menarik! 

Tahukah anda terdapat satu lokasi percutian khusus untuk golongan berbadan besar? Ya! hanya untuk mereka yang termasuk dalam kategori ini saja boleh menginap di situ.

Pusat peranginan itu terletak di Bahamas dan dinamakan The Resort Uleutera, malah ia diiktiraf sebagai resort pertama yang dibina dengan kemudahan yang sesuai untuk tetamu obesiti. 

Ini bermakna perabot dan kemudahan dibina daripada besi dan kayu kukuh yang sesuai untuk menampung berat badan individu yang obes.

Foto: iluminas

Foto: abcnews

Seperti tidak logik, tetapi ianya dibina atas alasan tersendiri! 

James King berkongsi cerita bagaimana beliau membina pusat peranginan mesra individu bersaiz besar itu selepas satu insiden malang dan memalukan membabitkan tetamu berbadan besar berlaku di depan matanya.

“Ketika hari pertama saya bekerja di sebuah pusat peranginan di Grenada, seorang wanita diketawakan ketika dia sedang bersantai di ruang rehat kerana berbikini dengan saiz tubuh yang besar. 

Foto: Evening Times

“Dia kemudian duduk di kerusi plastik dan ia patah kerana mungkin dia terlalu berat,” katanya. 

Tambah James, wanita itu kemudian diarahkan membayar ganti rugi atas kerosakan kerusi itu sebanyak 150 dolar (RM650). Bersimpati dengan nasib wanita itu, James bertekad membina pusat peranginan khusus untuk tetamu berbadan besar menginap di situ.

“Saya mahu mereka berasa selesa sepanjang percutian tanpa perlu berhadapan dengan kritikan, pandangan sinis dan diketawakan oleh tetamu lain. 

Foto: News.com

“Bukan mahu mengasingkan mereka daripada tetamu bersaiz lain, tetapi kita tidak pernah rasa apa yang mereka lalui sebelum ini. Sebelum ini mereka mungkin tidak selesa memakai bikini dan dihakimi kerana bersaiz besar ketika bersantai di pantai,” katanya.

Menariknya, katil di setiap bilik juga cukup kukuh dan bersaiz besar, cukup selesa untuk tetamu obesiti. 

Pusat peranginan itu juga hanya menerima pengunjung dalam jumlah yang kecil sahaja dalam satu masa iaitu maksimum 24 orang. 

Foto: iluminas

Pakej menginap selama enam hari termasuk makan bernilai 16,400 dolar (RM70 ribu). 

Pantai dan lautnya juga cukup bersih dan mempunyai tahap privasi yang tinggi.

Oleh itu, pelancong bersaiz besar boleh menikmati percutian mereka tanpa dihakimi sesiapa. Bukan itu saja, boleh juga elak perasaan rendah diri dan iri hati melihat wanita langsing berpakaian mandi! 

Foto: all3mediainternational

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 17 May 2019

Hidangan Rusa Golek tarikan utama iftar di Temasya Movenpick KLIA. Memang terangkat!

Selain rusa golek, terdapat 120 lagi hidangan yang lazat!

Eat Travel Mon, 31 Dec 2018
Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Acara Fri, 22 Nov 2019
Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Bubur Pulut Hitam Ini Rasanya Lemak Manis, Sedap Sangat!

Senang je nak buat bubur pulut hitam ini!

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Jom Cuba Buat Biskut Oreo Sendiri Pada Hari Cuti Ini, Mudah Sangat!

Kalau buat banyak-banyak, boleh makan banyak-banyak! Muahaha!

Eat Travel Tue, 7 May 2019

Berbuka sambil menderma dengan NY Steak Shack Share The Love Campaign

RM5 akan disalurkan dengan setiap pembelian menu istimewa pada bulan Ramadan ini.

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Eat Travel Wed, 17 Oct 2018

Nikmati “The Real British Fish & Chips” Di Cor Blimey. Memang AAA!

Cor Blimey menyediakan hidangan fish and chips terbaik di Malaysia!