Anda mencari lokasi untuk berbulan madu? Apa kata anda nikmati saat-saat romantis bersama insan tersayang di Keemala Phuket Resort, Thailand yang merupakan tempat penginapan yang terkenal di Phuket.
Memiliki 38 unit villa mewah, ia terletak di pantai barat Phuket berhampiran pantai Kamala pasti membuatkan anda terpukau.
Bird’s Nest Pool Villa antara salah satu villa yang popular dan paling tinggi di Keemala. Terletak di atas lereng bukit dikelilingi hutan, villa ini direka khas seperti gambaran tentang sebuah sarang burung yang digantung di dalam hutan.
Menariknya, setiap villa ini mempunyai private pool yang menghadap ke arah matahari terbenam serta pemandangan dari atas bukit. Memang awesome!
Biliknya yang unik
Ruangan mandi yang sangat selesa
Private pool
Swimming pool
Su Tha Restoran
Sangat cantik kan? Harga bagi satu malam untuk menginap di villa ini bermula daripada RM2,000 ke atas. Memang agak mahallah kan, tapi apa salahnya kalau anda inginkan percutian bulan madu yang boleh diingati sampai bila-bila.
Sumber: Instagram , Mrandmrssmith.com