Hiburan By: Padin December 17, 2023 @ 4:57pm

Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain, Marsha Milan Layak Ke Anugerah Juara Lagu 38… Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL38!

Barisan penyanyi wanita bervokal mantap, Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain dan Marsha Milan berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).

Senarai 12 lagu yang berjaya melangkahkan kaki ke pentas berprestij diumumkan oleh pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38), Izzue Islam dan Fizza Frizzy sebentar tadi.

Di hari ketiga persaingan SFMM38, lagu Santai nyanyian Naqiu yang menggantikan Faizal Tahir diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Santai juga diumumkan sebagai Lagu Pilihan Alha Alfa hasil undian ramai dan berjaya membawa pulang RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

Berikut merupakan senarai penuh 12 finalis AJL38:

1. Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
2. Sutera (Aisha Retno)
3. Santai (Naqiu)
4. Inilah Jalannya (Masdo)
5. Astana (Ernie Zakri)
6. Kalam (Shiha Zikir)
7. Ku Cuma (Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita)
8. Bintang (Hael Husaini)
9. Hasrat (Amir Jahari)
10. Darah (Marsha Milan)
11. Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali)
12. Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin)

Semua lagu yang bertanding di SFMM38 itu diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer, LY dan Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak selaku ketua juri.

Hari ketiga SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan juara AJL4, kumpulan rock legenda, Search.

12 lagu bakal berentap di pentas AJL38 yang bakal diadakan pada Mac tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Dec 2022
Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Featured Sun, 14 May 2023
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Jonas- Turner Dirai Dalam Majlis Resepsi Mewah

Pasangan yang berkahwin pada 1 Mei lalu dilaporkan berkahwin di sebuah lokasi menarik di Perancis

Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

泰星小鲜肉Lee和女神Mook 10日来马宣传

泰剧《我亲爱的失败者之怪物浪漫》男女主角小鲜肉Lee及女神Mook,将于8月10日来马展开2天1夜的浪漫宣传之旅。