Hiburan By: Syafiqa Irdina December 13, 2019 @ 3:31pm

Air Asia Bersama Universal Music Group Lancarkan Red Records, Jannine Weigel Jadi Artis Naungan Pertama

Kumpulan Air Asia, sebuah syarikat penerbangan dan gaya hidup terkemuka Asia Pasifik bersama Universal Music Group (UMG), peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik baru-baru ini telah melancarkan RedRecords pada 6 Disember lalu.

Kolaboratif ini merupakan usaha sama yang inovatif bagi membangunkan artis baharu Asia dan mengangkat muzik pop Asia (A-pop) kepada para audiens baharu di peringkat global.

RedRecords juga memberi tumpuan kepada pencarian dan pembangunan bakat dari Asia Tenggara dan seluruh benua dengan kriteria pemilihan yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Asia.

 

Sumber: www.newsroom.airasia.com.my

Selain pembangunan artis dan A&R, syarikat rakaman tersebut juga akan menyediakan perkhidmatan pengedaran, pemasaran, pengurusan dan agensi.

“Kami kini kembali kepada industri muzik untuk merevolusikan budaya pop Asia pada masa hadapan dan meletakkannya di pentas global bersama UMG sempena pelancaran RedRecords.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

“Melalui gabungan pemasaran strategik dan sumber sedia ada oleh AirAsia dan UMG, kami boleh menawarkan artis-artis Asia peluang keemasan yang untuk menempa nama secara global.” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Group Sir Lucian Grainge.

Syarikat rakaman baharu ini memberi tumpuan kepada muzik A-Pop serta memilih Jannine Weigel sebagai artis naungan pertama mereka yang merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi yang sangat berpengaruh di Thailand.

Sumber: www.xtra.com.my

Artis naungan pertama RedRecords ini pernah mengeluarkan beberapa single dan EP yang mempunyai lebih 600 juta tontonan  dan 3.3 juta pengikut di YouTube, selain 3.2 juta pengikut di Facebook, 1.5 juta di
Instagram dan lebih daripada 500,000 di laman TikTok.

Pada awal tahun ini juga, UMG telah mengumumkan perkembangan operasi di rantau ini dengan pelancaran ibu pejabat serantau baharu di Singapura.

UMG komited untuk mempercepatkan tumpuannya dalam mengembangkan keseluruhan ekosistem
muzik di seluruh Asia Tenggara termasuk muzik yang telah direkodkan, penerbitan muzik, pengeluaran, acara langsung, perkongsian jenama dan barangan.

RedRecords akan berpangkalan di Kuala Lumpur dan Los Angeles serta menggabungkan kepakaran industri UMG dalam pembangunan artis dengan kekuatan pemasaran serantau dan global Air Asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tahniah! Fizi Ali Bakal Jadi Papa

Doakan yang baik-baik. Masih awal untuk bercerita tentang hal ini, doakan ya…

Hiburan Thu, 10 May 2018

Miranda Kerr Timang Anak Lelaki Kedua

Supermodel terkenal Miranda Kerr selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Ella, Kapten Azhar Dilantik Ikon Kemanusiaan, Bakal Terbang Ke Lubnan 26-30 April Ini

Layari laman web rasmi KKB iaitu www.kkb4u.org atau hubungi KKB di talian 03- 2181 7552 atau pengarah projek (Puan Hafiza 017-5759 783). Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh salurkan sumbangan ke akaun seperti dinyatakan di dalam artikel. Jom sumbang sedikit untuk saudara kita di sana!