Hiburan By: Ad Ops February 26, 2019 @ 6:37pm

Bintang Bersama Bintang 2019 tampil dengan wajah baru. Undian di Xtra bermula Mac ini!

Tahun baru, wajah baru! Nampaknya, rancangan Bintang Bersama Bintang kembali menghiburkan penonton TV3 pada tahun ini dengan menampilkan hos baru, peserta baru, juri baru dan pastinya lawak yang lebih menghiburkan penonton. 

Sumber:https://www.instagram.com/tv3malaysia/?hl=en

Jika tahun lalu rancangan ini menyaksikan Mark Adam dinobatkan sebagai juara BBB, pada kali ini Mark Adam akan bergandingan bersama otai terkenal, Saiful Apek sebagai juri tetap BBB 2019. Seperti tahun berikutnya, juri tetap bertanggungjawab menilai persembahan peserta sebanyak 50%, manakala 50% lagi menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019. 

Pentas BBB pada kali ini diwarnai dengan wajah baru iaitu Elly Mazlein sebagai hos dan peserta baru seperti Chaiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Namun, penonton masih tetap dihiburkan dengan aksi lawak tak kering gusi oleh Achey dan Shuk. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat bergandingan dengan seorang selebriti jemputan pada setiap minggu untuk memeriahkan lagi pentas BBB 2019. 

Sumber:https://www.instagram.com/p/BuVOnEDn6Pa/

BBB akan mula bersiaran pada 3 Mac 2019, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dibawakan khas dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. 

“Setiap minggu kita akan tampilkan sketsa yang “fresh” dan artis jemputan yang berbeza, saya rasa teruja untuk membuat latihan dan persembahan live dengan artis jemputan. Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik” kata Achey.

Sumber:https://www.instagram.com/p/BuVOnEDn6Pa/

Penonton juga dapat mengikuti perkembangan yang berlaku serta aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada hari Ahad jam 6.00 petang di TV3, turut dapat ditonton secara langsung di laman Youtube TV3 Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TVMalaysia dan jangan lupa hashtag #BBB2019!

Agaknya, siapa yang bertuah membawa pulang wang tunai RM 100,000 pada tahun ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat ye!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

THE ROCK UCAP TAHNIAH BUAT MALAYSIA!

Selepas dikenali melalui program wrestling dan kemunculannya menerusi filem-filem hebat seperti Fast Furious. The Rock sekali lagi mengulangi kejayaannya dengan filem terbaru beliau, Jumanji : Welcome To The Jungle

Featured Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Pentas Macam Pelamin Kahwin, Sufian Suhaimi Nafi Sindir Sesiapa

Mana ada perli lah, Pian menghayati lagu je pun, sebab tu lah…

Featured Tue, 16 May 2023
Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Produce X 101 Independent Trainee Signs with Woollim Entertainment

So, are we expecting for a new boy group from Woollim?

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Jadi Rebutan, Hun Haqeem Redha Tak Cukup Tidur

Jangan sampai jatuh sakit ok?

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

’Lama Jomblo Untuk Dapat Wanita Begini’- Baim Wong Minta Lelaki Bujang Di Luar Sana Lebih Bersabar

Aduh, sweet betul pasangan sejoli ni tau! Semoga cepat dapat momongan. Insha Allah…