Eat Travel By: tex_admin October 16, 2018 @ 12:00pm

Burger Bersoskan Nutella Ini Memang Rare!

Kalau kita lihat, peniaga sekarang makin kreatif dalam menghasilkan produk jualan mereka. Tidak kiralah dari segi pakaian, aksesori mahupun makanan. Pelbagai konsep menarik diketengahkan demi mendapatkan perhatian pelanggan membeli produk jualan mereka.

Begitu jugalah yang dilakukan oleh peniaga gerai Burger Royal di Sungai Buloh ini. Selalunya, tidak kiralah apa saja jenis burger pasti akan menggunakan sos cili, mayonis atau sos lada hitam sebagai pelengkap rasa. Tapi, idea peniaga ini telah menggunakan sos Nutella dalam ‘ramuan’ burger mereka. Unik betul!

Foto: ViralFoodCrew

Kalau anda nak tahu, Burger Royal Ayam atau Daging Nutella antara menu yang paling popular dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini bermakna, masyarakat kita berani mencuba sesuatu yang baharu!

Foto: ViralFoodCrew

Harga untuk Burger Royal Nutella ini dijual dengan hanya RM4 sahaja. Keistimewaan burger ini adalah sos dan mayonisnya digantikan dengan keju dan Nutella. Manis-manis lemak rasanya! Mesti sedap.

Foto: ViralFoodCrew

Foto: ViralFoodCrew

Jadi, pada anda yang nak rasa burger yang rare ini, bolehlah pergi ke gerai Burger Royal di Sungai Buloh okay! Di gerai ini juga turut menjual burger-burger lain yang biasa dijual di tempat lain.

Waze saja ke Burger Royal! 

Sumber: Explo Rasa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Eat Travel Mon, 18 Mar 2019
Eat Travel Fri, 30 Nov 2018

Inilah Sebab Anda Perlu Beli Insurans Pelancongan & Panduan Ketika Membelinya

Jangan sangka ia tak berguna langsung; nanti menyesal.

Eat Travel Mon, 7 Jan 2019

Nikmati sajian nugget sayuran ini sebagai alternatif untuk diet sihat

Nugget tak semestinya perlu diperbuat daripada daging haiwan.

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Universal & Six Flags Mungkin Akan Ambil Alih Projek Terbengkalai Taman Tema Genting Highland

Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Thu, 27 Dec 2018

Kalau Ke Jaipur India, Jangan Lupa Singgah Di 5 Lokasi Ini

Kota bersejarah Jaipur turut dikenali sebagai Pink City!

Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

Patung Replika Gergasi Hello Kitty Tarikan Utama Pameran Our Sanrio Times Di Quill City Mall

2,000 boneka terdiri daripada karakter popular Sanrio dipamerkan dalam sebuah laluan merentasi masa.

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Nampak Macam Susah Tapi Senang Saja Untuk Buat Kek Mille Crepe! Ini Resipinya

Resipi ini adalah untuk perisa coklat, tapi ubahlah ramuannya mengikut citarasa anda.

Eat Travel Fri, 7 Dec 2018