Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 25, 2024 @ 3:19pm

Danish Jadi Sahabat Baik, Tempat Luah Segala Rahsia & Duka.. Norman Hakim Mohon Maaf Pada Anak

Pelakon, Norman Hakim menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim ke-21 tahun yang turut menjadi tempat aktor berkenaan meluahkan segala rahsia, selain susah dan senang bersama.

Norman berkongsi sebuah video di Instagram memaparkan momen-momen sambutan hari jadi Danish disamping keluarga.

Di ruangan kapsyen, Norman mengucapkan terima kasih kepada anaknya serta tidak menyangka Danish menjadi tempat luahan isi hatinya.

“21 tahun yang membahagiakan… Papa tak sangka yang satu hari kita boleh jadi ‘best friend forever’ dan berkongsi segala rahsia, susah dan senang dalam hidup ni. Terima kasih Allah, terima kasih Abang,” katanya.

Aktor drama popular Gerak Khas itu turut memohon maaf kepada anaknya atas segala kekurangan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

Dalam masa yang sama, Norman sempat menitipkan harapannya agar Danish dapat terus membimbing keluarganya bersama-sama ke Syurga.

“Semoga bonding kita ni akan terus kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah. Maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama.

“Andai ada rezeki, bawalah kami mama, mummy, abah adik-adik semua ke syurga Insya-Allah.
We love u so much,” tulisnya lagi.

Norman Hakim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kata doa untuk Danish yang semakin meningkat dewasa itu.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang bertanya keberadaan ibu kandung Danish, aktres Abby Abadi yang tidak kelihatan dalam majlis sambutan hari jadi anak lelakinya itu.

Norman Hakim

Sekadar info, Norman dan Abby berkahwin pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Danish Hakim, Marissa Dania, dan Maria Danisha.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Artikel Berkaitan: “Sikap Seseorang Itu Cukup Mencerminkan Keperibadian Mereka” – Norman Hakim

Artikel Berkaitan: Norman Hakim Kongsi Wajah Model Mirip Marissa Dania, Netizen Rasa Sebak – “Ayah Rindu Sangat Kat Anak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Aug 2021

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Namun begitu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Kesetiaan itu masih belum sedarkan diri lagi. Berita ini disampaikan oleh pengurus Sarah, Nana Mohamad […]

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Mon, 9 Dec 2019