Eat Travel By: Ad Ops November 26, 2019 @ 8:27pm

DoubleTree by Hilton tawarkan sajian meriah sempena Krismas, macam-macam ada!

Pada setiap musim perayaan, pastinya turut tersedia sesi menikmati hidangan yang sama meriah dengan sambutannya, tidak kiralah bagi golongan yang menyambutnya ataupun tidak.

Pada waktu ini, bukan sahaja restoran di Malaysia, tetapi hotel-hotel juga akan mengambil kesempatan untuk menawarkan hidangan istimewa yang merangkumi pelbagai jenis juadah.

Antaranya ialah DoubleTree by Hilton. Sempena Hari Krismas pada hujung tahun ini, hotel lima bintang yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ini menawarkan beberapa jenis santapan yang bertaraf tinggi.

Semestinya, juadah yang diutamakan ialah juadah yang berkaitan dengan perayaan yang disambut. Bagaimanapun juadah tempatan lain turut disediakan untuk santapan pengunjung yang majmuk.

Di sini, tersedia pelbagai pilihan yang boleh dinikmati seperti hidangan set makan malam, bufet dalam bentuk high-tea atau makan malam.

Penulis berkesempatan untuk merasai sendiri seleksi makanan yang ditawarkan di majlis previu untuk hidangan bufet makan malam Hari Krismas tempoh hari. Kesemuanya sedap dan enak! Memang puas dan kualiti makanannya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Di dalam artikel ini penulis ada lampirkan maklumat mengenainya. Tetapi sebelum itu, jom tinjau apa yang penulis sempat nikmati.

Menu utama meriah

Sebaik sahaja anda sampai di lokasi restoran Makan Kitchen, anda pasti akan meluru terus ke bahagian menu utama yang terdiri daripada pelbagai jenis daging panggang. Ayam, ayam belanda, lembu atau kambing, semua ada. Pastinya anda akan rambang mata dan ingin merasainya semua.

Ayam Belanda panggang yang dimasak lembut. Sumber: Bibi Nurshuhada Ramli

Daging kambing bersama masala dan rosemary. Sumber: Bibi Nurshuhada Ramli

Beef Wellington (daging lembu dibakar dalam pastri). Sumber: STR/Owee Ah Chun

Chicken Ham panggang yang berbentuk unik. Sumber: STR/Owee Ah Chun

Kesemuanya diperap dengan herba dan sos pekat sebelum dimasak di dalam ketuhar. Hasilnya ialah daging yang cukup lembut dan enak.

Untuk penggemart ikan pula, penulis syorkan anda cuba ikan rebus. Bunyinya memang ringkas tetapi rasanya bukan main-main! 

Yang menariknya, anda boleh pilih sendiri jenis masakannya, seperti asam pedas atau Chinese style, iaitu masak kicap bersama halia dan bawang putih. Penulis memilih untuk mencuba Chinese style dan langsung tidak menyesal. Rasa ikan berkenaan sememangnya lazat, lembut dan cair di dalam mulut.

Pelbagai jenis potongan ikan segar disediakan. Antaranya ialah ikan cod, salmon dan tilapia.

Pilih ikan mana yang anda suka! Sumber: STR/Owee Ah Chun

Bercakap mengenai ikan, penulis juga tertarik dengan rasa isi ikan salmon yang dimasak stim. Teksturnya lembut manakala rasanya enak dan segar.

Ikan salmon distim lembut. Sumber: Bibi Nurshuhada Ramli

Anda gemar makanan laut? Di sini bermacam-macam jenis ada untuk santapan pengunjung. Ketam dan udang bersaiz besar turut disediakan! Pilih sahaja yang mana dan petugas dapur akan rebuskan untuk anda. Meriah sungguh!

Pilihan makanan laut memang meriah. Sumber: Bibi Nurshuhada Ramli

Di Pasta Station juga anda boleh pilih jenis hidangan pasta yang anda ingini, seperti mushroom carbonara, bolognaise dan sos tomato. 

Jenis pasta mana yang anda suka? Sumber: STR/Owee Ah Chun

Bagi yang ingin menikmati lebih sayuran, jangan risau, Salad Bar di sini menawarkan pilihan yang pastinya berupaya memenuhi selera anda.

Salad bar untuk mereka yang ingin diet. Sumber: STR/Owee Ah Chun

Variasi untuk pengunjung

Pilihan di atas sebetulnya amat menarik, tetapi jangan sangka DoubleTree by Hilton hanya sediakan hidangan Barat sahaja. Seleksi tempatan juga ada bagi anda yang inginkan sesuatu yang kita biasa makan.

Antaranya ialah masakan India seperti ayam tandoori dan nasi beriani, serta hidangan Cina seperti itik panggang dan dimsum.

Ayam tandoori di sini empuk dan berperisa. Sumber: Bibi Nurshuhada Ramli

Untuk Lai Chi Kang, letak seberapa banyak bahan yang anda mahu. Sumber: Fat Phoenix

Bagi masakan Melayu pula, anda boleh menikmati hidangan seperti laksa Sarawak dan sate. Ais kacang dan kuih Melayu tradisional juga ada!

Kuih Melayu untuk lidah Melayu! Sumber: STR/Owee Ah Chun

Sudahi dengan manisan

Setelah menikmati makanan berat, akhiri makan malam anda dengan pencuci mulut seperti kek dan snek yang bertemakan Krismas. Comel-comel semuanya!

Seksyen pencuci mulut dihias cantik. Sumber: STR/Owee Ah Chun

Sayang nak potong. Sumber: STR/Owee Ah Chun

Kek tradisional sempena Krismas. Sumber: STR/Owee Ah Chun

Kuih dan kek mini comel juga disediakan. Sumber: Bibi Nurshuhada Ramli

Berminat? Jom makan!

Berikut adalah pilihan santapan DoubleTree by Hilton:

1. Christmas Day Dinner Buffet

  • Lokasi: Makan Kitchen
  • Masa: 21 & 22 Disember | 6.30 petang – 10.30 malam | Harga: RM158 (dewasa), RM79 (kanak-kanak)
  • Masa: 24 Disember | 6.30 petang – 10.30 malam | Harga: RM168 (dewasa), RM84 (kanak-kanak)

2. Super Weekend Christmas Buffet High-Tea

  • Lokasi: Makan Kitchen
  • Masa: 21 & 22 Disember | 12.30 tengah hari – 4.30 petang | Harga: RM118 (dewasa), RM59 (kanak-kanak)
  • Masa: 25 Disember | 12.30 tengah hari – 4.30 petang | Harga: RM128 (dewasa), RM64 (kanak-kanak)

3. Christmas Eve 5-Course Set Dinner

  • Lokasi: Tosca
  • Masa: 24 Disember | 6.30 petang – 10.30 malam
  • Harga: Dari RM180 (dewasa), RM90 (kanak-kanak)

4. New Year’s Eve BBQ Set Dinner

  • Lokasi: Tosca
  • Masa: 31 Disember | 6.30 petang – 10.30 malam
  • Harga: Dari RM220 (dewasa), RM90 (kanak-kanak)

5. Christmas Turkey & Goodies

  • Lokasi: The Food Store
  • Masa: 25 November – 31 Disember

6. Dine Around NYE Party

  • Lokasi: The Food Store
  • Masa: 31 Disember | 5.30 petang – 1 pagi
  • Harga: RM250 (dewasa) | RM110 (kanak-kanak)

Panduan: Nikmati diskaun Early Bird sebanyak 25 peratus untuk semua promosi perayaan di atas dengan membuat tempahan sebelum 15 Disember ini.

Menang!

Dari 1 hingga 20 Disember, setiap hotel Hilton di Malaysia akan menghadiahkan satu percutian tiga hari dua malam bersama sarapan kepada seorang pemenang bertuah.

Untuk menyertai peraduan ini, tekan butang ‘Like’ pada Facebook hotel Hilton dan kongsikan entri peraduan berkenaan. Sertakan juga komen mengenai pengalaman menjamu selera anda bersama orang tersayang pada musim perayaan yang tidak boleh dilupakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi DoubleTree by Hilton di talian +60 3 2172 7272 atau hantarkan email ke [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 29 Apr 2018

Teringin Makan Churros? Ikut Resepi Mudah Ini, Gerenti Selepas Ini Boleh Makan Setiap Hari

Churros boleh dijadikan hidangan minum petang istimewa buat tetamu yang datang bertandang di rumah anda sekiranya tidak sempat membeli apa-apa untuk menjamu mereka.

Eat Travel Tue, 5 Feb 2019

Raikan Tahun Baru Cina di Sunway Lost World Of Tambun untuk menangi hadiah menarik!

Mari bergembira di taman tema ini bersama keluarga atau rakan.

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Mungin Gunakan Cara Salah Untuk Makan Sushi, Chef Sushi Ini Ajarkan Cara Betul

Ha, check sama ada anda ada tersalah atau tidak selama ini.

Eat Travel Wed, 22 Aug 2018

Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ Confirm Menangis Gara-Gara Rosak Diet!

Manfaatkan daging korban dengan mencuba resipi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ yang cukup lazat!

Eat Travel Sat, 28 Apr 2018

Jom Cabar Diri Anda Dengan Makan Burger Ramen Yang Pedas Ini. Ada Berani?

Macam sedap saja burger ramen ni. Mesti pedas!

Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Kaki Selfie? Jom Selfie Banyak-Banyak Di ‘Selfie Museum KL’ Hujung Minggu Ini

Gerenti ‘manis’ Facebook dan Instagram anda bila muat naik foto di muzium ini.

Eat Travel Thu, 7 Jun 2018

Resepi Kari Kepala Ikan Yang Paling Power Untuk Ramadan Ini

Nikmati keenakan kari kepala ikan ketika berbuka puasa.