Events By: Atiqah Johari November 2, 2022 @ 8:09pm

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Seri Idris Md Yusof atau lebih dikenali Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham diumum sebagai calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah Parti Pejuang yang bakal bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Dalam pengumuman di Pusat Konvensyen Bangi, Ahmad Idham bakal merebut kerusi Parlimen Port Dickson manakala Eizlan dicalonkan di Parlimen Sabak Bernam.

Menurut Eizlan, dia tidak meletak sebarang harapan untuk dicalonkan walaupun dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebelum ini.

“Ini adalah satu tanggung jawab besar yang harus saya pikul demi bangsa dan negara.

“Saya harap pembabitan saya di dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam yang saya wakili,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam majlis sama, seramai 121 calon mewakili Pejuang, Gagasan Bangsa, Putra dan Berjasa serta calon individu diumumkan.

Malah beberapa lagi nama sedang dipertimbangkan dan akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilihan ini kerana mereka mempunyai berintegriti, berpengalaman dan layak mewakili rakyat.

“GTA adalah gerakan Melayu yang sayangkan negara dan mahu melihat dibangun pesat, maju dan rakyat mendapat nikmat sama rata. Kalau rakyat beri peluang kepada GTA, banyak nikmat yang boleh diperolehi,” katanya.

Turut mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA), pelakon, aktivis dan Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood), Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi akan bertanding di Tanjong Karang.

Proses penamaan calon diadakan pada 5 November ini dan PRU15 pada 19 November depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 7 Jan 2019

Nikmati sajian nugget sayuran ini sebagai alternatif untuk diet sihat

Nugget tak semestinya perlu diperbuat daripada daging haiwan.

Featured Wed, 26 Oct 2022

Percutian Jadi Detik Cemas, Ben Amir Dedah Ditahan Polis Hong Kong Seperti SWAT Gara-Gara..

Uishhh, seramnya min dengar detik cemas percutian Ben Amir di Hong Kong 🥵🥵

Events Sun, 29 Apr 2018

Let’s Do Our Part Towards Saving the Beloved Malayan Tapirs

They are one of the many animals facing extinction so we must do our part to stop that from happening.

Trending Tue, 5 Jan 2021

Pengasas Alibaba, Jack Ma Dilaporkan Hilang

Kenapa tiba tiba Jack Ma menghilang?

Featured Thu, 8 Sep 2022

Kes Cabul: Ibu Dakwa Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Projek Drama

Alahai, kesiannya Aqish 🥹 Semoga keadaan akan kembali jernih seperti sedia kala nanti 🥹

Events Fri, 15 Feb 2019
Trending Mon, 5 Oct 2020
Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Fri, 17 Nov 2023