Hiburan By: Padin July 19, 2023 @ 8:17pm

‘Ejen Ali 3 Day Out’ Terima Kunjungan Peminat Setia

Bersiap sedia dan bertindak segera! 80 ejen telah berkumpul dan menyiapkan misi berhujung minggu dengan Ejen Ali menerusi Ejen Ali 3 Day Out anjuran TV3 di Next Gen 1 Utama pada hari Sabtu yang lepas.

Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi yang tidak asing lagi di Malaysia dan mempunyai peminat dari pelbagai peringkat umur sehingga menjadi fenomena besar di peringkat global. Lebih mengujakan, Ejen Ali Musim 3 merupakan usahasama penerbitan siri animasi buat julung kali antara Primeworks Studios, sebuah anak syarikat penerbitan kandungan Media Prima, WAU Animation dan Disney+ Hotstar.

Ejen Ali 3 Day Out meraikan 14 keluarga bertuah yang terpilih melalui peraduan media sosial menerusi akaun Instagram rasmi Ejen Ali (@ejen_ali) dan TV3 (@tv3malaysia) dimana mereka perlu menyertakan kata kunci yang telah dipaparkan ketika tayangan episod pertama Ejen Ali musim 3 pada 25 Jun 2023.

Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah permainan taman tema, penampilan maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia dan upacara pemotongan kek. Selain itu, pertandingan mewarna dan pop kuiz juga telah diadakan untuk peminat cilik Ejen Ali dimana pemenang telah membawa pulang barangan rasmi Ejen Ali. Tayangan episod 4 Ejen Ali Musim ke-3 juga telah ditayangkan bagi menghiburkan para peserta dan ibu bapa yang hadir.

Shaharul Azren Yahya, 39, merupakan salah seorang bapa peserta berkongsi pengalaman, “Perjalanan jauh saya sekeluarga dari Kulim, Kedah untuk ke program ini adalah sangat berbaloi kerana kami seronok melakukan aktiviti seperti permainan taman tema Next Gen 1 Utama dan juga tayangan episod 4 Ejen Ali musim 3.

“Program seperti ini perlu lebih kerap diadakan kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak selain daripada bergembira. Terima kasih TV3 selaku penganjur kerana telah memilih keluarga kami untuk menyertai program ini.”

Antara tetamu yang turut memeriahkan program adalah Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan Pengarah Ejen Ali, Fuad Md Din, Ketua Pegawai Penjenamaan WAU Animation dan Pengarah Seni Ejen Ali, serta Ida Rahayu Yusoff, pelakon suara Ejen Ali.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-39, peminat setia dapat menyaksikan Ejen Ali Musim 3 yang sedang bersiaran pada setiap hari Ahad, pada pukul 11.00 pagi di TV3.

Ejen Ali Musim 3 mengisahkan Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA. Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa. Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat.

Namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS. Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 May 2018

Kenapa Sajat Marah?

Bagi Sajat, beliau kurang selesa kerana solekan dan baju yang dikenakan tidak sesuai. Dan, disebabkan hal tersebut beliau malas mahu meneruskan penggambaran seperti yang dijanjikan

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Fizz Fairuz Tak Tertekan Walaupun…

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin bersyukur sehingga kini bakatnya masih dilihat oleh penerbit dan pengarah tanah air. Bercakap mengenai perkembangan terbaru, Fizz bakal tampil dengan drama Kamar Kamariah menerusi slot Zehra. Dalam drama ini, Fizz berganding dengan pelakon hebat, Nabila Huda.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Dayangku Intan Beri Inspirasi Buat Golongan Wanita

Semoga Dayangku Intan dan Suami berada dalam keadaan sihat seperti sediakala

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Ismail Izani Mudah Jatuh Hati Pada Gadis Lembut

Ismail Izani suka tengok gadis lemah lembut persis ibunya dan mudah jatuh hati pada gadis lembut

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Hiburan Sun, 19 Jan 2020

郭晶丽顺利外销日本!新歌MV走拍20小时妆溶累瘫

适逢郭晶丽距离发行首张专辑的第35个年头,为了纪念「35」这特殊数字,她最近特别启动「S Special Project」并以《没有一个地方叫远方》作为揭幕单曲。

Hiburan Mon, 7 May 2018

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.