Trending By: Padin December 18, 2020 @ 5:57pm

MC Syze Berkolaborasi Dengan Joe Flizzow Dalam Selamba

Penyanyi rap, MC Syze kini muncul dengan single terbaru berjudul Selamba yang menampilkan penyanyi rap popular, Joe Flizzow.

Single Selamba merupakan lagu di trek ke tujuh album Syze yang berjudul Syze Does Matter yang mengandungi 13 buah lagu keseluruhannya.

Menurut Syze, dia berbesar hati memilih Joe untuk menjadi penyanyi undangan istimewa dalam lagu ini kerana perkataan selamba itu sangat menepati karakter Joe.

“Saya membesar dengan mengikuti dan mendengar lagu-lagu Too Phat. Joe merupakan seorang ikon dalam industri malah idola ramai orang termasuk saya.

“Segalanya tentang Joe merangkumi perkataan selamba dan memang kena betul dengan karakternya. Cara Joe menulis juga tidak terlalu ‘complicated’ atau sukar.

“Senang untuk pendengar dan masyarakat hadam dan menyanyikan semula. Joe merupakan mentor yang hebat untuk saya dari tahun 2004 hingga sekarang,” ujar Syze.

Menurut Joe pula, lagu Selamba dianggap sebagai sebuah penawar atau remedi untuk tahun 2020 yang dianggap memberi dugaan serta tamparan hebat untuk semua masyarakat.

“Menurut saya, pada akhirnya sesebuah lagu kena sedap, tidak kiralah dengan siapa kita nyanyikan. Kekuatan lagu ini terletak pada melodi dan merupakan sesuatu yang segar untuk industri muzik.

“Lagu ini mempunyai elemen R&B dan rap. Boleh saya katakan bahawa genre R&B sudah semakin kurang di Malaysia. Lagu ini memang sesuatu, ini merupakan kombinasi yang sesuai dan lagu ini senang didengar.

“Sebuah lagu yang ceria untuk mengakhiri tahun 2020 dan menjadi pembuka yang baik untuk 2021. Muzik selalu menjadi penawar untuk banyak perkara. Selamba, kami rasakan satu penawar yang hebat untuk mengakhiri 2020,” kata Joe.

Muzik video yang ditayangkan secara perdana hari ini telah diarahkan oleh ATG yang sedang membina gelombang di industri tempatan dengan menyalurkan visual dan hasil kerja kreatif untuk artis-artis seperti Zamaera dan Luqman Podolski.

Muzik video berdurasi 5:10 minit ini akan ditayangkan pada pukul 10 malam di laman YouTube MC SYZE.

Turut menampilkan Sonaone, Darren Ashley, Orumari dan Azique Beats, semestinya muzik video berkonsep filem pendek ini tidak patut dilepaskan untuk menjadi tontonan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Jul 2020
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 18 Jan 2024

Mufti Pulau Pinang Gesa Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza Ditunda Demi Hormati Bulan Ramadan, Ini Respons Pihak Yayasan Nurjiwa

Ada sebab kenapa konsert Tokti perlu diteruskan. Nak tahu kenapa? Klik artikel XTRA okay✅

Featured Thu, 20 Oct 2022
Trending Sun, 28 Apr 2019

Gara-Gara Permintaan Minta ‘Couple’ Balik Ditolak Kaki Kekasih Hancur

Teman Lelaki Langgar Kekasih Sampai Hancur Kaki, Gara-Gara Permintaan Minta ‘Couple’ Balik Ditolak