Trending By: Yanie Baharom December 31, 2018 @ 11:00am

Mesej Lagu Bagus Tapi…Nasi Lemak Di Dada Bikin Parodi ‘Taki Taki’ Dihentam Teruk

Sekitar minggu lalu tular di media sosial muzik video parodi ‘Taki-Taki’ gandingan dua influencer dari Malaysia  iaitu Ucop dan Johanis Sani bersama Syasya Woke dari Singapura yang ditukar kepada ‘Nasi-Nasi’.

Basically, lagu yang diubah suai liriknya itu mengisahkan perebutan antara Malaysia dan Singapura yang mengaku Nasi Lemak adalah kepunyaan negara masing-masing.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah Nasi Lemak yang dilekat di dada penari di dalam video tersebut. Ramai beranggapan perbuatan itu tidak bermoral.

Foto: Instagram Johanis

Video Parodi

“Nasi Nasi” yang dimuat naik enam hari lalu menggunakan melodi asal lagu antarabangsa ‘Taki-Taki’, nyanyian DJ Snake, Selena Gomez, Ozuna, dan Cardi B. 

Difahamkan kolaborasi Ucop, Syasya Woke dan Johanis dalam menghasilkan video “Nasi Nasi” membawa satu objektif murni iaitu untuk meredakan ketegangan yang pernah tercetus di antara Malaysia dan Singapura membabitkan isu asal usul Nasi Lemak yang terjadi baru-baru ini.

Bagi mereka nasi lemak bukan kepunyaan atau berasal dari Malaysia mahupun Singapura, akan tetapi makanan tradisi orang Melayu. Justeru ketiga-tiga influencer terkenal itu mahu mewujudkan persamaan yang lebih tinggi daripada perbezaan yang ada.

Sumber: Oh Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 17 Oct 2023

“Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Diorang dah bernikah. Apahal kamu nak menuduh-nuduh pula ni – Fasha Sandha

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Thu, 10 Jan 2019
Featured Sun, 26 Mar 2023