Hiburan By: SGMS Faida October 14, 2018 @ 3:30pm

RESPECT! Bila Konduktor Muzik Terkenal Bongkar Rahsia Khai Bahar Yang Orang Lain Tak Tahu

Konduktor muzik terkenal, Datuk Haji Mokhzani Ismail menganggap populariti yang diterima Khai Bahar cukup luar biasa.

Menerusi laman Facebook, beliau memuji perjalanan seni dan kehebatan Khai dalam menempa nama di dalam industri seni.

“ Saya pasti dlm FB ni ada bekas-bekas cikgu sekolah rendah dan mengenali dia lebih dari saya. Saya kagum dengan Khai Bahar sebab dia naik secara mendadak.

“ Dari kecik di Perlis ni kita tak pernah pun tengok bakat dia yang betul-betul. Selama saya dok balik Perlis, saya tak pernah tahu bakat dia. Setengah budak2 lain ada yg kita tgk masuk progrm Radio RTM Perlis Fm – Bintang Kecil, Bintang P Ramlee dan lain-lain tetapi dia tak masuk tunjuk bakat pun,” tulisnya.

Tambah Mokhzani, difahamkan, Khai tidak pernah mempamerkan bakat di tempat awam semasa di Perlis namun cuma menyanyi karaoke di rumah.

“ Kadang-kadang dia bawa gitar dia dekat kawan baik saya Cikgu Dean Manap untuk minta tune sat gitar kerana kebetulan Khai kawan baik dgn Fizura anak cikgu Dean Manap (sekarang Tn Hj dah).

“ Mohammad Khairul Baharuddin ni kalau ditanya cikgu muzik dia Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Putra pasti kongsi benda sama, bakat menyanyi di masa bangku sekolah tak nampak pun.

“ Malah kata cikgu Dean Manap, anaknya Fizura dan Khai pergi uji bakat AF 3, empat lepas tapi anak dia lepas pusingan seterusnya tapi Khai sangkut,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan tidak pernah tahu kewujudan Khai sebelum ini sehinggalah di sebuah acara di Jakarta, Indonesia.

“ Pada Ogos 2017 untuk sebuah persembahan diplomatik Malaysia Indonesia 50 tahun, Malaysia diwakili oleh Amy Search, Ernie Zakry, Syamel , Khai Bahar dan saya untuk instrumental solo. Show ini juga arwah Mahathir Luqman jadi pengacara majlis.

“ Dalam hati saya berkata Amy Search saya kenal begitu juga Ernie dan Syamel cuma Khai tak pernah sangat tau pulak bakat dia tapi dengar kata dia org Perlis. 

“ Bila saya sampai di airport Jakarta hari yg penerbangan, terpegun saya ramai kat lapangan terbang apabila para peminat dgn kamera dengan telefon pintar, menunggu. Saya turut berfikir artis yang mana satu ni. Amy Search tiada dalam flight saya. Menjerit-jerit peminat apabila muncul di depan mereka artis yang mereka sanjung. Rupa-rupanya artis kelahiran Perlis Khai Bahar.

“ Saya kata dasat hang Khai. Depa kenai hang dan tahu bila hang sampai sini. Banyak paparazi nih. Itulah kuasa laman sosial. Menular sudah nama Khai Bahar di media sosial yg mula mengumpulkan jutaan peminat sampai ke Jakarta,” katanya.

Mokhzani juga pernah ‘merisik’ Khai untuk sebuah persembahan khas bagi Persatuan Anak Perlis di Kuala Lumpur.

“ Saya pernah tanya dia boleh nyanyi tak untuk Persatuan Anak Perlis di KL sekitar pertengahan September. Saya nak tunjuk pada orang Perlis anak Perlis yang hebat. 

“ Dia jawab menerusi Direct Message dia kena buat konsert di Hong Kong. Tu dia lagi hebat. Saya ingat saya sahaja dok p China. Dia lagi hebat. Selepas itu nama Khai Bahar sudah meniti di bibir peminat dgn lagu2 singlenya yg meletup,” puji beliau. 

Namun begitu, usaha mendapatkan Khai untuk membuat persembahan di Perlis akhirnya berjaya pada Februari 2018 selepas cubaan beberapa kali.

“ Khai diasak oleh peminat2 mcm nak rak terpaksa pakai 6 sekuriti. Tak pernah lagi saya lihat sambutan pada artis muda sebegitu hebat selepas Mawi. Itulah Khai Bahar, punya aura yg hebat. Tuah ayam nmpk di kaki Tuah Khai siapa pun tak jangka,” katanya.

Beliau turut memuji sikap Khai yang berbudi bahasa dan memiliki semangat anak Perlis yang kuat.

“ Menurut cikgu Dean bila dia dah mewah, dicari rumah sewa yang lebih selesa untuk keluarga dan sekarang mungkin sudah mampu beli. 

“ Malah dia hantar ibubapa menunaikan umrah. Ayahnya merupakan bekas pemandu teksi dan ibunya mungkin rasa bangga sebagaimana saya melihat kepada kejayan demi kejayaan yg diperolehinya. Semoga menjadi inspirasi pada yg lain,” akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Siapa Gerangan Lelaki Berani Cium Chacha Maembong?

Hensem juga teman lelaki Chacha Maembong ni kan?

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Selesai Merisik, Qi Razali Cari Tarikh Sesuai Bertunang

Qi juga akui dia cukup teruja untuk ke langkah seterusnya memandangkan dia bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri.

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Komen biadap? Sekat Saja!

Ini bagi menjaga keharmoniaan sekaligus menangkis aura negatif individu berkenaan. Bagus cara ini! Awas ya untuk anda yang berniat nak lemparkan komen negatif. Sebelum menaip, fikir dulu ya!

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Wed, 24 Oct 2018
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Drama Sun, 16 Apr 2023

Drama Kontroversi Anak Tuan Bakal Bersiaran Malam Ini, Pamer Babak Viral Fasha Sandha Tercedera

Allahu, mesti best ni kalau dah fasha dan azhan rani bergabung🔥🔥🔥