Trending By: Salma Syahbuddin April 2, 2021 @ 1:59pm

Siti Nurhaliza Abadikan Lagu Nostalgia Dalam ‘Legasi’

Walaupun kini sarat hamil, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak membataskan dirinya untuk tampil menghadiahkan sesuatu yang cukup istimewa buat semua peminatnya dengan melancarkan album lagu kanak-kanak berjudul Legasi.

Malah, bersempena sambutan ulangtahun ke-25 dalam industri seni tanah air,  Siti menganggap penerbitan album kanak-kanak itu adalah usaha dirinya bagi melestarikan lagu kanak-kanak klasik supaya terus diingati dan menjadi warisan generasi akan datang.

” Apa yang penting adalah mesej yang kita sampaikan di dalam sesebuah lagu . Anak-anak ini akan cepat belajar dan memahami, justeru dalam lirik lagu kanak-kanak termasuk olahan lirik terbaharu, saya memberikan mesej yang baik serta berguna”

 

Terdahulu, Siti Nurhaliza, 42, melancarkan single Medley Klasik Siti 1 yang menghimpunkan lagu nostalgia kanak-kanak yang sering dinyanyikan oleh beliau bersama rakan-rakan sewaktu tinggal di berek polis di Kuala Lipis, Pahang.

Namun, Siti berharap dengan pelancaran album Legasi ini peminat tidak menyamakan album Legasi dengan album komersil beliau yang lain.

“Saya tetap mengutamakan kualiti muzik, bunyi dan gubahan yang baik dalam sesebuah lagu dan album Legasi mempunyai keseronokan yang tersendiri sewaktu di dalam studio. Apa yang penting, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja dan usaha yang dibuat oleh Pown Hasril selaku penerbit bersama pasukan kerjanya” jelasnya.

 

Mengandungi tujuh lagu dan mempunyai 10 track termasuk interlud. Album Legasi ini juga turut memuatkan lagu yang dihasilkan sendiri oleh Siti buat anak yang bakal dilahirkan berjudul Anakanda selain Comel Pipi Merah.

Lagu lain adalah Anakku Sayangku (lagu asal Anakku Sazali), Medley Klasik Siti 2, Bintang Kecil dan Burung Kakak Tua.

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Biasalah, Kadang-Kadang…” – Isu Aishah ‘Terblock’ & Tak Boleh Tag Di Instagram, Ini Respons Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Kisah Viral Thu, 22 Jun 2023
Trending Wed, 8 Jun 2022

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

PA Fify jelaskan perkara sebenar tentang dakwaan bawa lari duit RM15,000.

Trending Fri, 30 Aug 2019

Arca Putrajaya, hasil kerja tangan gadis autistik ini luar biasa cantik!

Wan Jamila hasil lukisan bertemakan Hari kebangsaan

Trending Fri, 21 Feb 2020
Trending Wed, 27 Jan 2021

Ini Cara Semakan BPN 2.0 Fasa 2 Kategori M40

Ikuti langkah mudah yang disediakan