Kaum wanita juga boleh memimpin!
Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama.
Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita Muslim kelahiran Palestin dilaporkan bakal menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah bagi negara Amerika Syarikat.
Menurut laporan terbitan Geo News, beliau bakal memulakan tugas pada tarikh 2 Februari ini dengan menggantikan Matthew Schneider yang merupakan peguam semasa bagi daerah Detroit, Michigan.
Terdahulu, Saima memiliki portfolio terkemuka apabila pernah memegang jawatan sebagai Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad. Beliau juga telah mula berkhidmat di Pejabat Peguam Amerika Syarikat sejak tahun 2002.
Walaupun begitu, pelantikan tersebut perlu disahkan Dewan Senat terlebih dulu sebelum beliau dapat menyandang jawatan itu secara kekal.
Kredit foto: Motion Magazine