Hiburan By: SGMS Faida May 2, 2018 @ 6:07am

10 Tahun Tunggu, Akhirnya Ruffedge…

Bila Rindu, Tipah Tertipu, Khayalan dan Da Bomb, antara lagu yang menaikkan nama Ruffedge sedekad lalu. Sepanjang ‘kehilangan’ mereka, sudah tentu ramai yang merindukan paduan suara lima lelaki ini.

Sempena sambutan Ruffedge yang ke 20 tahun, kumpulan popular dengan irama R&B dan Soul ini bakal bersatu di pentas KL Live pada 4 Ogos depan!

Ruffedge mengumumkan konsert istimewa ini di Black Box, Publika, sebentar tadi.

“ Konsert ini bagi mengubati kerinduan peminat selepas 10 tahun menanti kemunculan kami,” kata salah seorang angggota Ruffedge, Sein.

Tambah Sein, idea untuk menjayakan konsert muncul selepas membuat persembahan pada majlis persandingan Fattah dan Fazura pada Februari lalu.

“ Ramai yang tanya bila nak buat konsert, ini jawapannya,” katanya ringkas.

“ Konsert ini sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa berdoa untuk melihat kami kembali bergabung di pentas.

“ Ketika aktif dahulu, kami tidak berpeluang membuat konsert dan ini masa yang tepat untuk merealisasikannya,” katanya.

Ruffedge turut dianggotai Cat Farish, 44; Azan Addin, 44; Mode Abdullah, 43 dan Zain Hamid, 40.

Ruffedge ditubuhkan pada 1997 dan mula bergerak aktif setahun selepas itu. Mereka bagaimanapun mengambil keputusan untuk berehat sekitar 2008 bagi memberi fokus kepada kerjaya solo masing-masing.

Pada konsert itu, Ruffedge bakal menghiburkan peminat dengan lebih 10 lagu popular, selain pilihan peribadi setiap ahli kumpulan Ruffedge dalam konsert selama dua jam itu.

Ruffedge juga bakal memperkenalkan lagu terbaru, Seperti Mereka ciptaan Azan pada konsert itu. Tiket konsert anjuran MRS Production ini dijual pada harga RM125 hingga RM233 menerusi laman sesawang: web www.ticketpro.com.my atau talian 03-78807999 bermula Jumaat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 1 Nov 2022

Media Prima Menang Besar di ASA 2022! Raih 16 Anugerah, Termasuk 2 Anugerah Utama Drama TV Terbaik & Juri Khas

Media Prima bolot dua anugerah utama menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) pada hujung minggu lalu. Drama berjudul Pencipta Pegang Waktu diiktirafkan sebagai Drama TV […]

Featured Fri, 10 Jun 2022

[VIDEO] “Seluar Adik Siapa Rembat Tu?” – Kongsi Video Karaoke Tapi Outfit Hawa Rizwana Curi Tumpuan & Dikritik Netizen

Hawa terima teguran dan memohon maaf jika video tersebut menyinggung mana-mana pihak

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Harris Baba Kembali Menyanyi!

Harris bakal muncul dengan sebuah album Julai ini bagi mengubati kerinduan peminatnya.

Featured Tue, 14 Nov 2023

Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Susut betul Siti Bainun 6 bulan duduk penjara kan?😉

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Joe Flizzow, Marini Kahwin Tahun Depan?

Wah…tahniah Joe Flizzow dan Marini Ramlan! 

Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Hiburan Tue, 31 Oct 2023