Automobile By: SGMS Putri May 21, 2018 @ 3:46pm

Datuk Dahlan Zainuddin Terkejut Terima Cek Bernilai RM100,000

Datuk Dahlan Zainuddin menerima kejutan apabila menerima cek bernilai RM100,000 pada majlis Malam Kisah Seorang Biduan bersama Datuk Dahlan Zainuddin yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.

Berkali-kali dia mengusap muka tanda tidak percaya dan akhirnya penyanyi lagu Kisah Seorang Biduan yang setia ditemani isterinya, Datin Effa Rizan ini menitiskan air mata di atas pentas.

Jumlah ini adalah hasil sumbangan peribadi individu bernama Aryan Farhan, orang perseorangan dan sebuah syarikat sebagai tanda penghargaan buat Dahlan yang mengabdikan diri dalam bidang seni sejak 1975.

Dahlan yang ditemui melahirkan perasaan terharu menerima sumbangan itu. Ia sangat diperlukan bagi menampung perbelanjaan rawatan penyakit angin ahmar dan beberapa penyakit lain yang dihidapinya sejak 2016.

“Sebenarnya kami suami isteri langsung tak diberitahu kejutan ini. Kami kononnya hanya dijemput untuk majlis makan-makan sempena Hari Ibu.

“Apabila sampai di sini, saya terkejut dan terkedu melihat apa sebenarnya yang berlaku. Majlis ini dianjurkan Aryan Farhan dan ibunya, wartawan Zie Man.

“Saya dan Zie Man kawan lama dan pernah bekerjasama suatu masa dahulu. Rasanya terlalu tinggi penghargaan ini. Tambahan pula, ada sumbangan berbentuk wang ringgit. Terima kasih banyak-banyak,” katanya dalam nada sebak.

Dahlan, 78, mengakui dalam kepayahan yang dilaluinya sekarang, dia terpaksa mencari rezeki bagi menyara keluarganya dengan menyanyi.

“Walau kecil atau besar majlis kahwin orang, saya tetap menyanyi kerana perlu cari duit untuk berubat dan memulihkan diri.

“Saya kena buat rawatan di empat hospital. Keadaan lebih sukar kerana saya tiada kereta dan kerja. Saya menggunakan perkhidmatan Grab untuk ke Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan Pusat Rehab di Cheras.

“Kadang-kadang isteri saya, Effa yang pergi menyanyi ganti saya. Kalau boleh biarlah saya cepat sembuh kerana tak nak Effa menyanyi. Biarlah saya kerja macam dulu,” katanya.

Effa yang berada di sebelahnya berkata, dia meminta izin daripada Dahlan untuk menyanyi bagi menampung kos perubatan.

“Simpanan makin lama makin susut dan ini yang buat saya bertindak. Saya sebenarnya minta jasa baik mana-mana pihak untuk dapat tawaran menyanyi dan bukannya nak menadah tangan minta sedekah.

“Dalam tempoh setahun abang sakit dan belum kuat, saya memang tak keluar rumah kerana nak jaga dia. Sekarang dia dah beransur pulih, itu yang saya buat keputusan pergi menyanyi untuk tambah rezeki.

“Untuk berjimat, kami jual kereta kerana sekarang sudah ada kemudahan Grab. Seperkara lagi, mungkin selepas Aidilfitri kami akan berpindah ke rumah PPR di Kepong. Ia hasil insiatif Yayasan Artis 1 Malaysia. Dulu kami menyewa rumah lebih RM1,000 sebulan dan apa salahnya kami berjimat. Kalau lambat masuk, ia akan diambil semula oleh DBKL,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1977 dan dikurniakan empat anak iaitu Natasha Idha, 40, Mohd Danial, 35, Mohd Akasya Iman (meninggal dunia) dan Nur Athinia Ines, 23.

Sebagai tanda ‘sporting’, Dahlan turut menghiburkan tetamu menerusi lagu Bukan Lelong Sebarang Lelong, Kisah Seorang Biduan dan berduet dengan Effa menerusi lagu Jangan Sampai Kehancuran.

Effa turut menyampaikan lagu Rasa Hati dan Muda Mudi.

Tidak ketinggalan, dua penyanyi baru iaitu Eranz dan Syafeek Ikhwan ditampilkan bagi menyanyikan lagu popular nyanyian Dahlan.

Eranz menyampaikan lagu Rindumu Ku Bawa Bersama, Ke Mana Kubawa Hati Yang Rindu dan Terlena Lagi Disampingmu.

Syafeek Ikhwan pula menyanyikan lagu Sabda Cinta, Mana lagi dan Hilang Terang Timbul Gelap.

Selain Dahlan, sumbangan turut diberikan kepada artis veteran lain iaitu Hail Amir, Zaibo, Jalil Hamid, Fetty Zul, Shara Eqkhnor, anak kepada kakitangan Sinar Harian yang menghidap kanser, Suzy Wong (penari) dan 10 ibu tunggal dari Sentul.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Siti Elizad Masih Bahagia?

Sebagai peminat lebih elok jika kita doakan yang baik-baik sahaja

Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Hiburan Thu, 19 Aug 2021

Kempen Kita Malaysia #BaikSemula Sebar Semangat & Inspirasi Dalam Menyambut Bulan Kebangsaan 2021

Setiap kali menjelang bulan Ogos, pastinya negara kita meriah dengan kibaran Jalur Gemilang di merata tempat. Walaupun kali ini menjadi tahun kedua kita menyambutnya secara sederhana akibat penularan virus Covid-19, namun sambutan Hari Kebangsaan dan […]

TECH Mon, 13 Aug 2018

现代人为了交友很敢花钱! Tinder营收主要来自付费订阅

往左滑,还是往右滑?这或许已经是许多人每天生活中,必定花上一小段时间做的事情,在行动世代的影响下,你我的社交管道也很大程度从线下走到线上。许多人已经将寻找伴侣的期待,寄托在手机萤幕上。

Featured Tue, 17 Jan 2023

“Saya Rasa Lapang Je” – Kongsi Pengalaman Ikut Misi Bantuan Musim Sejuk, Nana Mahazan Sebak Di Kem Syria

Pengacara, Nana Mahazan kini semakin mendekatkan diri dengan kerja amal serta hal kerohanian setelah beristiqamah mengenakan hijab. @muslimvolunteermalaysia Perasaan @Nana Mahazan kali pertama ke kem pelarian Syria 🥺 📍Kem Al-Zamlah #muslimvolunteermalaysia #winter #syria #wintersyriamvm ♬ […]

Hiburan Mon, 20 May 2019

Izzue Islam Bosan Jadi Baik?

Kalau bawa watak jahat, ia akan jadi lebih ‘berwarna’. Saya mahu lakonkan watak yang menguji kemampuan dan memerlukan saya berusaha lebih di set.

Featured Fri, 25 Nov 2022

“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiJangan tanya kenapa ♬ menjaga hati x mengejar mimpi – Sadvibes🥀 Menerusi hantaran yang dimuat […]