Hiburan By: SGMS Putri August 29, 2019 @ 11:37am

Zul Yahya Mengamuk Dengan Pekerja Restorannya

Pelakon Zul Yahya terkejut menjumpai peralatan memproses dadah milik pekerja di restoran miliknya dan berkongsi foto-foto peralatan itu di laman Instagramnya.

 

“Assalamualaikum… Ini antara masalah yang saya hadapi dari pekerja-pekerja di restoran saya.

“Apa yang menyedihkan, mereka dalam kalangan anak-anak remaja luar bandar dan keluarga susah tapi kerana pergaulan yang salah serta kurang jati diri mereka tersalah pilih kehidupan. Letih. Sampai bila anak-anak bangsa kita nak hancur,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zul berharap isu penyalahgunaan dadah diambil serius terutama ibu bapa untuk mengawasi pergerakan anak-anak.

“Pesanan saya pada ibu bapa sila ambil tahu mengenai pergaulan anak-anak. Periksa apa yang anak-anak simpan dalam kehidupan mereka.” tulisnya lagi.

 

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Ratu Rock Ella Skylovers Rupanya!

Banyak kali ulang tengok gelagat Ella!

OMG Wed, 13 May 2020
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Selepas Elly Suriaty, Sahara Yaacob Pula Tunjuk Sokongan Terhadap Najib

Apabila seorang individu beragama Islam banyak berjasa kepada negara, kita abaikan…ia adalah sebuah kesalahan, sama sekali perbuatan yang salah!