Hiburan By: SGMS Enal May 10, 2019 @ 2:24pm

‘Ada Orang Tanya Kenapa Perut Besar’- Shila Amzah Jawab Soalan Netizen

Penyanyi yang membina nama di China, Shila Amzah kini sedang menanti masa melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.

Shila yang bakal merakamkan lagu Dunia Baru duet bersama Hael Husaini ini turut menjawab persoalan netizen bertanyakan tentang saiz perutnya yang membesar.

“ Ada orang tanya kenapa at 21 weeks perut sha besau?,” 

“Sha pun tak tau nak jawab apa.. Perut sha makin lama makin kedepan macam basket ball tu..,” katanya.

Penyanyi berusia 29 tahun ini secara berseloroh memberitahu berkemungkinan dia sedang hamil anak lelaki yang membuatkan perutnya seperti ‘basket ball’.

” Sha baca dekat google kalau badan kita pre pregnancy memang dah besar. Memang lambat sikit nak timbul perut dia. Plus baby still kecik so tersorok dek lelemaks.

” Tapi kalau badan normal senang sikit nampak. Entah la kite first timer wak. Baik tanya kat yang lebih berpengalaman,” ujarnya.

Sementara itu, Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah memohon agar pengikutnya mendoakan kesejahteraan bayi lelaki yang dijangka lahir empat bulan dari sekarang.

Shila berkahwin dengan pilihan hati Haris Idraki Elias pada 19 April tahun kini kembali ke Malaysia selepas mengikut suami menetap di London.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Oct 2021
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023
Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, […]

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

BTS To Get Their Own Dolls by Mattel!

This is a next-level fame the boys are achieving.