Events By: Salma Syahbuddin January 3, 2020 @ 4:32pm

Aina Abdul Terasa Hati Dengan Siapa Tu?

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) ini mengakui pernah terasa hati apabila kehadirannya dalam industri seni tidak diendahkan oleh sesetengah pihak. 

Menurut pemilik nama sebenar, Nur Aina Abdul Ghani, peristiwa tersebut menjadikan beliau lebih matang dan memperbaiki diri termasuklah skil berkomunikasi dan menurunkan berat badan bagi memastikan penampilannya lebih menarik di atas pentas.

Sumber : Instagram @ainaabdul

Pelantun lagu Sumpah ini juga mengakui mula menitikberatkan pengambilan makanan dan menjaga berat badan semenjak terpilih menjadi salah seorang finalis AJL34.

“Saya akur bakat sahaja tidak memadai kerana industri hiburan cenderung memberi perhatian kepada mereka yang cantik dan berketerampilan sahaja. 

” Ini bidang yang saya pilih, jadi mahu atau tidak saya perlu menitikberatkan penampilan saya diatas pentas, malah saya jadikan teguran orang ramai sebagai motivasi.” Katanya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Baby, did you gain anything? GHOST – 22.11.19 ? . #GhostSA #SpudsxAinaAbdul

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Menyentuh persiapan beliau pada AJL34 yang akan berlangsung Februari ini, Aina kini telahpun membuat persiapan awal dengan menonton rakaman persembahan artis lain yang pernah beraksi di pentas AJL sebelum ini.

” Saya tertarik dengan persembahan Dayang Nurfaizah. Selain menjaga stamina, dan suara, saya juga sudah memikirkan konsep yang bakal dilakukan pada  malam tersebut. Termasuklah pakaian saya nanti” Jelasnya.

Terdahulu, Aina merupakan protege kepada ratu rock negara, Ella menerusi program realiti Mentor Legend 2014 dan kini sedang sibuk dengan single terbaharu beliau berjudul, GHOST.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 25 Jun 2018

Masyuk…Tawaran Gaji Lebih Tinggi Untuk Penebar Roti Canai Tempatan

Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

Featured Tue, 29 Jun 2021

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu. Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen […]

Featured Mon, 3 Apr 2023

Diana Danielle Bongkar Farid Kamil Minta Buang Nama Bin & Binti Pada Anak-Anak

Seriuslah sampai tahap macam ni sekali? Sedihnyaaa..

Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Tue, 17 Jan 2023