Hiburan By: SGMS Faida September 4, 2018 @ 2:13pm

Alvin Wong Mengaku Terima Impak ‘Lain Macam’

Pelakon filem Pulang, Alvin Wong mengaku impak yang diterima selepas membintangi naskah hebat arahan Khabir Bhatia ini cukup berbeza.

Memegang watak Lum dalam filem tersebut, pelakon berusia 44 tahun ini memberitahu sepanjang 17 tahun bergelar anak seni dia sudah berlakon dalam puluhan sitkom dan beberapa filem Melayu tetapi impak daripada Pulang amat berbeza.

“ Jujur saya katakan, selepas membintangi Pulang, ada peminat yang siap mengucapkan salam kepada saya ketika di luar. Panggilan Lum juga masih melekat sehingga sekarang.

“ Saya gembira lakonan saya meninggalkan kesan di hati penonton terutama dalam kalangan penonton Melayu,” katanya ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Rise: Ini Kalilah, semalam.

Alvin Wong antara pelakon berbangsa cina yang fasih berbahasa Melayu. Menurut pelakon filem Embun ini juga, pergaulan bersama rakan-rakan berbangsa Melayu ketika di sekolah banyak membantunya.

“ Waktu di sekolah, saya ramai kawan Melayu. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan menyertai aktiviti skateboard.

“ Dalam kumpulan itu ada hampir 15 orang dan hanya dua orang berbangsa Cina. Dari situ saya belajar fasih berbahasa Melayu. Kalau nak diikutkan, dulu saya lebih fasih,” katanya sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Alvin yang hadir pada Majlis Pra Tonton Filem Rise: Ini Kalilah turut memuji lakonan sahabatnya dalam filem Pulang.

“ Seperti biasa, lakonan Remy tidak pernah mengecewakan. Dia memang pelakon hebat,” katanya ringkas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Boleh Ke Sajat Nak Anak Sendiri?

Kenyataan tersebut bagaimana pun mendapat perhatian netizen diluar sana yang mempersoalkan tindakan bahawa, bagaimanakah agaknya Sajat boleh mengandung dan sebagainya

Featured Tue, 1 Nov 2022

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang. @mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin […]