Hiburan By: SGMS Faida February 21, 2018 @ 10:15am

AMENG SPRING BAGI HADIAH SELEPAS 15 TAHUN

Berita baik buat penggemar kumpulan Spring! Lama rasanya dah tak dengar kelunakan suara vokalisnya, Ameng. Kali ini jangan lepaskan peluang korang untuk menonton come back kumpulan yang cukup popular dengan lagu Sampai Hati sekitar awal 90-an dulu. Fuh, gerenti tangkap lentok beb!

Kumpulan yang pernah meraih Anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular tahun 1994 ini bakal menghiburkan peminat tanah air di salah sebuah restoran di ibu kota.

Menurut Ameng, perancangan sudah diatur lama cuma rezeki untuk berkumpul bersama baru tiba!

“ Saya terikat dengan banyak komitmen membuatkan rancangan sering tertunda. Ramai peminat yang bertanya adakah Spring masih aktif dalam industri. Ya, kami masih ada dan bakal menemui anda semula,” katanya.

Kumpulan Spring bakal mengadakan persembahan pada 9 Mac depan di Restoran D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ameng yang sudah dua tahun dibebaskan dari penjara turut memberitahu, peluang membuat come back ini akan digunakan sebaik mungkin!

Kemunculan Ameng sememangnya dinantikan ramai. Good Luck, Ameng!

Persembahan akan bermula pada jam 9 malam yang turut menyaksikan kumpulan lagenda popular ini mendendangkan sebanyak 12 buah lagu popular kumpulan itu seperti Kerana Budi, Sejiwa, Sepi Tanpa Cinta, Pesanan Buat Kekasih, Bourgenvilla, Sampai Hati dan Butakah Cinta.

Harga tiket dijual pada harga serendah RM100 hingga RM300 untuk seorang. Ia boleh dibeli di kaunter D’Saji Titiwangsa atau di talian 011-16950047 atau menerusi laman web dan pejabat MyTicket.Asia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

FARID KAMIL JALANI KESIHATAN MENTAL DENGAN SEGERA! – FADZIL ZAHARI

Fadzil Zahari memberitahu mereka sekeluarga tidak akan melengah-lengahkan abangnya itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental dalam masa yang terdekat

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Beauty YouTuber NikkieTutorials Came Out As Transgender

Nikkie, or Nikkie De Jager revealed the truth after she claimed to have been blackmailed.

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Siapalah agaknya yang dapat hinggap di hati Atikah?

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Masalah keluarga jadi sebab pelakon baru ini dikatakan memberontak..

Hiburan Wed, 1 May 2019

Nabila Razali Muntah

Nabila Razali ‘muntah-muntah’ sebelum tampil ke pentas membuat persembahan.