Hiburan By: SGMS Enal January 29, 2020 @ 2:33pm

Anzalna Nasir Pilih Jaga Anak Sendiri

Sudah lama rasanya kita tidak melihat wajah Anzalna Nasir menghiasi kaca televisyen sejak menimang cahaya mata sulungnya. Menurut Anzalna dia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon demi menjaga puteranya, Mohamad Eidress kini berusia tujuh bulan.

Anzalna berkata, buat masa ini keluarga adalah keutamaannya dan dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada anaknya. Ujarnya lagi, meskipun mampu mengambil pembantu namun dia memilih untuk menguruskan anaknya sendiri.

 
 

“Saya boleh ada lebih dari empat orang gaji atau pembantu jika saya mahu. Tapi saya lebih memilih untuk tak ada pembantu sebab ini adalah masa yang paling berharga dalam hidup say dan saya nak gunakan masa ini sebaik mungkin untuk bersama anak saya. Tak tahu bila akan merasa macam ni.

“Sanggup tolak job kalau keluarga pun sibuk. Work comes first tapi keutamaan saya adalah pada Mohamad Eidress buat masa ini,” katanya

Akui tidak percaya dengan orang luar, Anzalna tidak akan membenarkan anaknya itu dijaga oleh orang lain melainkan ahli keluarganya. Katanya lagi, dia tiada masalah jika tidak mempunyai pembantu ahli keluarga sentiasa ada untuk membantunya.

“Tak ada pembantu rumah tiada masalah sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat membantu. Kalau dua-dua ada kerja baru keluarga atau ibu mentua tolong jagakan. Orang luar memang tidak dibenarkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Baru Sebulan Bercinta, Justin Bieber Bakal Berkahwin?

Selepas melalui episod percintaan bersama Selena Gomez, akhirnya Bieber memilih untuk berkahwin. Tapi…

Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Cakra Khan Tidak Mahu Lagi Bersedih!

Sibuk berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Thu, 30 Nov 2023