Hiburan By: Del14 December 8, 2019 @ 9:42am

Baby ‘D’ Meninggal Dunia…Salam Takziah

“Hari kedua kami di Makkah, Baby D meninggalkan kami. Allah pinjamkan dia sekejap saja,” luah pelakon Abby Abadi sedih, selepas anaknya yang dilahirkan pra-matang pada 27 September lalu meninggal dunia, semalam.

Lebih meninggalkan kesan, Abby dan suami, Muhamad Faizal Zakaria kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember.

“Kali terakhir jumpa Baby D sebelum kami pergi menunaikan umrah. Maafkan Mama dan Abah sayang. Tarik kami masuk syurga nanti ya sayang.

“Urusan jenazah akan disempurnakan hari ini oleh keluarga,” tulis Abby.

Muhamad Faizal, menerusi Instagram turut meluahkan rasa reda dengan pemergian anaknya yang diberi nama Muhammad Danial Firman.

Apatah lagi, pada April lalu, Muhamad Faizal pernah meluahkan keinginan memiliki anak sendiri selepas berkahwin dengan Abby.

“Hari kedua kami di Makkah, Baby D meninggalkan kami. Allah pinjamkan dia sekejap saja.

“Abah dan Mama reda dengan setiap apa yang Allah tentukan. Sedih sangat sebab tak dapat jumpa buat kali terakhir.

“Abah tak dapat uruskan Baby D. Maafkan Abah sayang. Abah doakan semoga Allah temukan kita di syurga nanti,” tulisnya.

Terdahulu, Abby melahirkan Baby D seberat hanya 535 gram secara pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ berpunca daripada tekanan darah tinggi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 14 Ogos 2015 dan mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Manakala, menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @abby_abadi112

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]

Featured Thu, 26 Jan 2023

Buat Beyonce Dubai Riff Challenge, Ernie Zakri Pukau Hati Peminat

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri cuba melakukan kemahiran vokal penyanyi popular antarabangsa, Beyonce yang tular ketika membuat persembahan di Dubai. @erniezakri23 stuck in my head 24 hrs. send help. #beyoncedubai #beyoncechallenge #beyonce ♬ original sound – […]