Hiburan By: SGMS Faida May 5, 2019 @ 7:46pm

Bawa Balik RM 50,000, Naqi-Ayuni Juara Lagu Cinta Kita

Pasangan Naqi dan Ayuni berjaya dinobatkan sebagai juara program Lagu Cinta Kita sekaligus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM 50,000, sebentar tadi.

Taruhan pasangan paling serasi ini memilih lagu Jika Kau Tiada di pusingan pertama manakala lagu Saat Bahagia di pusingan kedua nampaknya memberikan tuah kepada mereka. 

“ Kami langsung tak menjangka dapat lepas ke final apa lagi bergelar juara program ini. Alhamdulillah rezeki kami berdua. 

“ Kami juga selesa bekerjasama di pentas dan jika diberi peluang kami tidak menolak untuk hasilkan lagu duet bersama,” kata Naqi atau nama sebenarnya Muhammad Naquddin Nasri dan Ayuni atau nama sebenarnya Nur Ayuni Sapuan ketika ditemui sebentar tadi.

Pasangan pilihan dimenangi oleh Adam dan Nadia seterusnya tempat keempat Erul & Sarah, tempat ketiga Hafeez & Naufa manakala tempat kedua jatuh kepada pasangan Adam dan Nadia. 

Kesemua pemenang membawa pulang barangan eksklusif dari McCafe berserta sebuah trofi. 

Juara turut menerima sebuah trofi, telefon bimbit Huawei Nova 4, bekalan 1 tahun tanpa had produk Rexona dan minuman McCafe secara percuma selama setahun dan barangan eksklusif McCafe serta menerima kontrak bersama Media Prima Berhad.

Selain itu, bagi kategori pasangan pilihan Rexona, pemenang akan memenangi wang tunai berjumlah RM5000 serta bekalan 1 tahun tanpa had produk Rexona.

Program Lagu Cinta Kita memberi peluang peserta untuk menukar pasangan mereka dengan syarat dengan syarat pasangan mereka harus bersetuju dengan penukaran tersebut. 

Persembahan final program ini ditaja oleh Huawei Nova 4 & 4E, serta Rexona dan McCafe selaku penaja bersama bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan siaran serentak di YouTube TV3 Malaysia & TV3 pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Pelakon terkenal Syafiq Kyle tampil sebagai juri jemputan bersama juri tetap iaitu Hael Husaini dan Scha Alyahya.  

Berikut adalah senarai pasangan dan lagu yang akan disampaikan pada hari ini:

Nama Pasangan;

Tajuk Lagu / Penyanyi Asal

Adam & Nadia

Ku Pinjam Satu Bintang / Alyah & Riz

Kisah Cinta Kita / Hafiz

Naqi & Ayuni

Saat Bahagia / Ippo Hafiz

Jika Kau Tiada / Erra Fazira & Yusry

Erul & Sarah

Jika / Melly Goeslow & Ari Lasso

Dirgahayu / Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza

Hafeez & Naufa 

Kisah Ku Inginkan / Dato’ Siti Nurhaliza & Judika

Roadblock Hatiku / Baby Shima & Floor 88

Lebih menarik lagi, para penonton juga dihiburkan dengan persembahan penutup oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang akan menyampaikan lagu berjudul “If I Ain’t Got You” (Alicia Keys), sebelum pengumuman keputusan dibuat.

Berbeza dengan konsert mingguan sebelum ini, keputusan persembahan setiap pasangan di pusingan akhir terletak kepada jumlah markah undian dari juri tetap (60%) dan juri jemputan sebanyak (20%) dari juri awam di studio, manakala lagi 20% dari undian penonton menerusi laman web rasmi www.xtra.com.my/lagucintakita. Undian dibuka dari awal sehingga kesemua persembahan tamat. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

Featured Fri, 13 Jan 2023

Dr Zulkifli Titip 13 Nasihat Buat Syamsul Yusof, Harap Isu Diselesaikan Dengan Baik

MasyaAllah sungguh bermanfaat sekali pencerahan Dr Zulkifli

Events Thu, 1 Dec 2022

Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Foto Kahwin Dengan MK, Nabila Razali Beri Penjelasan – “Itu Bukan Gimik, Tapi…”

Penyanyi Nabila Razali mendapat tempias kecaman netizen selepas berkongsi foto majlis perkahwinan bersama penyanyi rap, MK K-Clique. Jelas Nabila, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu gimik murahan tetapi menegaskan itu hanyalah sekadar teaser sahaja […]

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Emma Tak Risau Dengan Gelaran Ratu…

Tak ada apa yang perlu saya risaukan sekiranya orang label saya sebagai Ratu Telenovela (memandangkan dah dua kali menang kategori sama)

Featured Tue, 8 Mar 2022
Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Dekorasi Rumah Lebih Penting Berbanding Baju

Setiap kali menjelang raya kami memang sakan dalam hal dekorasi rumah. Orang lain akan fikir mengenai baju, tas tangan dan barang kemas. Kami pula lebih pentingkan langsir dan karpet,