Hiburan By: Del14 September 25, 2019 @ 5:55pm

Belum Mula Dah Kena Kritik?

Belum lagi menjalani penggambaran filem biopik Hasmah, sudah pun kedengaran suara-suara tidak puas hati daripada beberapa anak seni tempatan.

Antara yang sampai ke telinga apabila ada pihak tidak berpuas hati dan persoalkan kenapa pengarah filem itu akan diserahkan kepada bukan anak tempatan.

Menurut sumber, filem Hasmah yang mengisahkan figura kesayangan rakyat Malaysia iaitu Tun Siti Hasmah, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir akan diarah oleh seorang pengarah popular dari Indonesia.

Antara persoalan yang timbul adalah mengapa pengarah luar yang perlu diambil untuk mengarah filem itu.

Tambahan lagi, rakyat Malaysia lebih mengenali peribadi Tun Siti Hasmah berbanding orang luar.

Selain itu, ada ramai lagi pengarah berkaliber tempatan seperti Erma Fatima, Dato Shuhaimi Baba, Syamsul Yusof malah Aziz M Osman lebih bersesuaian untuk mengarah filem itu.

Ia kerana mereka ini sudah terbukti dalam karya-karya berkaitan biopik dan sejarah tempatan.

Ambil contoh Dato Shuhaimi Baba yang pernah mengarah filem biopik Tanda Putera, manakala Erma Fatima pula filem Embun dan Aziz M Osman pula filem Leftenan Adnan. Manakala Syamsul pula dalam proses menyiapkan filem sejarah Mat Kilau.

Apa sekali pun, kalau benar filem Hasmah yang dipercayai bakal dibintangi pelakon seperti Nad Zainal, Hasnul Rahmat dan Mira Filzah itu boleh ‘hidup’ di tangan pengarah asing, kita tunggu dan lihat apa perkembangannya.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 May 2018

Zayn Malik Wants Gigi Hadid Back but She’s Hesitant

So are they getting back together or not?

Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

‘Tak Apa’ – Hadiah Mya Herry Buat Mereka Yang Putus Cinta

Lagu ni sangat sesuai menjadi peneman mereka yang sedang galau.

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya Anak Abah Terlajak Laris

” Sumpah nak tengok @shahidadherbs tahan kat bilik bedah pun tak sanggup. Kuatnya pengorbanan ibu. Setuju tak? Siapa ada pengalaman macam ni?” tulisnya.