Hiburan By: SGMS Faida March 31, 2019 @ 5:08pm

Berita Bekas Pengacara Misteri Nusantara Meninggal Tular Di Media Sosial?

Bekas pengacara Misteri Nusantara, Zainal Ariffin Ismail terkejut apabila ada pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya melalui perkongsian dalam beberapa grup Whatsapp sejak pagi tadi.

Zainal ketika dihubungi, memberitahu ketika ini dia sedang menjalani penggambaran sebuah program majalah keagamaan di Sri Lanka dan India.

“Dalam perkongsian itu, mereka mendakwa saya meninggal dunia di Madinah padahal saya masih sihat dan sibuk di set penggambaran program Jejak Adam di sini.

“Maaf saya tak dapat komen lebih lanjut sebab agak sibuk pada masa ini.

“Tetapi kesempatan ini saya hanya mampu ucapkan terima kasih kerana masih mengingati saya,” katanya ringkas.

Beliau sempat berkongsi foto terbaru bersama kru produksi menunjukkan beliau sihat walafiat dan sibuk di set penggambaran program TV yang baru.

Imbas kembali, Zainal antara pembaca berita dan pengacara popular kelahiran TV3 sekitar tahun lewat 1980-an, 1990-an hinggalah awal tahun 2000.

Antara rancangan yang pernah dikendalikan adalah Misteri Nusantara, Jejak Rasul dan Da’i Pendakwah Milenia.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023

Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

Fuhhh, makin hangat isu ni.. Betul juga cakap Bella, kenapa nak lari dari keadaan tegang?

Featured Sat, 23 Jul 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Trending Thu, 16 Jul 2020
Featured Tue, 21 Sep 2021
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Demi Anak, Kris Dayanti Sanggup Naik Bas?

Selamat Hari Jadi, Amora!

Featured Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia awal pagi ini. Salam takziah dari kami di Xtra untuk seluruh keluarga Allahyarham…Semoga roh arwah dicucuri rahmat.