Events By: Salma Syahbuddin January 15, 2018 @ 4:38am

BINTANG BERSAMA BINTANG GEGAR PENTAS LAWAK 2018

Minggu pertama pencarian pelawak yang bakal menyinari pentas BBB 2018 kali ini dihangatkan dengan persembahan dari AG sebagai pengacara tetap program Bintang Bersama Bintang 2018. Kali ini, persembahan cukup menghiburkan dengan menampilkan Achey sebagai peserta pertama dan Bocil sebagai artis jemputannya. Dengan bertemakan sketsa lawak yang bernas dan mengimbau zaman-zaman percintaan membuatkan persembahan pembukaan kali ini betul-betul mencuit hati.

Achey dan Bocil menghangatkan pentas BBB 2018

Manakala, persembahan terus dihangatkan lagi oleh Ajak. Ajak berjaya membawa ibu Fauziah Nawi sebagai tetamu jemputannya dengan membawakan persembahan bertemakan ibu dan anak. Mendendangkan lagu sketch berjudul Aspalela, melengkapkan lagi persembahan Ajak pada malam tersebut.

Ajak bersama Fauziah Nawi dengan lawak ibu dan anak

Seterusnya, Mark Adam terus memeriahkan lagi pentas persembahan dengan menampilkan Negeri Terengganu sebagai tema utamanya termasuklah, menampilkan Mat Dan sebagai tetamu jemputannya berdasarkan latar belakang beliau yang fasih berbahasa negeri tersebut. Persembahan yang nyata menarik perhatian penonton dengan lawak dan lagu yang bersesuaian itu, menunjukkan bahawa Mark Adam sebenarnya mampu melakukan persembahan lawak yang begitu terkesan dihati para penonton dan peminatnya.

Mark bersama Mat Dan dengan lawak bertemakan Terengganu Kite

Dengan mempersembahkan lawak mengenai isu viral, Shuk sekali lagi berjaya mengenepikan lawak double meaning nya itu dengan penuh kreatif. Dibantu oleh Nabilah Razali sebagai artis jemputannya, membuatkan Shuk sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dan pengundi diluar sana. Ini kerana, isu klip video viral artis tersebut dan juga sambutan terhadap lagu Pematah Hati sebagai lagu sketch mereka nyata, meletakkan Shuk sebagai seorang pelawak yang konsisten, kreatif dan fokus terhadap isu semasa. Sekaligus meletakkan beliau sebagai juara mingguan pada malam tersebut.

Persembahan Shuk yang begitu Kreatif sekaligus memukau juri dan penonton yang hadir

Peserta kelima iaitu Issey, membawakan isu yang hampir sama dengan Shuk namun, diolah mengikut kreativiti nya yang tersendiri. Apa yang menarik mengenai persembahan Issey pada minggu ini ialah, beliau cuba menampilkan elemen viral seperti isu Fazura dan Fattah Amin serta lagu yang menjadi kontroversi tahun ini iaitu Abang Nak Tegur selain menampilkan Sherry Al-Hadad sebagai artis jemputannya.

Inilah dia Fazura dan Fattah Amin versi BBB2018

Perjuangan lawak diteruskan lagi dengan peserta terakhir iaitu, Abam. Menampilkan adiknya, Ali sebagai gandingannya pada malam pertama lawak Bintang Bersama Bintang 2018 kali ini. Membawakan lawak dengan mesej yang begitu deep seterusnya membuatkan gandingan adik-beradik ini dianggap sebagai antara pesaing pada malam tersebut. Apa yang dapat dilihat, Abam sememangnya mempunyai idea yang cukup bernas dalam melahirkan lawak yang complete walaupun tidak mempunyai pergerakan yang banyak diatas pentas. 

Gandingan mantap pasanagn adik-beradik, Abam dan Ali

So, kepada yang belum menonton program realiti terbaru terbitan TV3, Bintang Bersama Bintang 2018 ini, pastikan anda meluangkan hari Ahad anda dengan lawak-lawak yang semestinya tidak kering gusi pada setiap Ahad, jam 10 malam atau boleh tonton secara langsung dengan tayangan HD menerusi tonton.com.my.

Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta lawak kegemaran anda di portal kami xtra.com.my/bbb2018!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 6 Oct 2018

Jadikan Kad MicroSD Sebagai “Internal Memory” Telefon Pintar

Adakah anda memerlukan ‘extra storage’ untuk telefon bimbit anda? Kami ada cara untuk menukarkan kad micro sd anda daripada ‘external storage’ kepada ‘internal storage’.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019

Potong Rambut Dewi Watak ‘Johanna’, Cayalah Ayda Jebat!

Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini!

Trending Sun, 5 Jun 2022

Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung

Aprena Manrose tampil untuk ‘back up’ isu buka tudung Nelydia Senrose.

Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Majlis Pertunangan Fattah Amin, Fazura

Yang tak sabar akhirnya datang jua, berita gembira tentang pertunangan berdua ini menjadi perhatian orang ramai terutama peminat setia

Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Terpaling Juara: Hattan Komen Persembahan Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

Minggu depan Rahmad akan bawakan lagu duet Keliru 😍

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Mon, 17 Oct 2022