Hiburan By: SGMS Faida October 24, 2018 @ 11:04am

Bukan Nak Tunjuk Hebat, Nourul Depp Tak Mahu Jadi Artis Bermusim

Mungkin ramai yang ingin melihat penyanyi Nourul Depp beraksi di pentas realiti program seperti mana artis ‘otai’ lain lakukannya.

Penyanyi berusia 40 tahun ini yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan.

“ Nak pesan lagi, dah tak larat nak jawab. Baca ni wahai semua peminat sayangku. Saya faham bagaimana cintanya anda semua (peminat) kepada nyanyian dan bakat ini. Saya amat faham, penyokong nak tunjuk bagaimana hebat penyanyi kesayangan mereka bertanding pada sesebuah pertandingan.

“Saya tak hebat dan masih belajar. Saya juga ada pendirian. Maafkan saya kerana tak dapat memenuhi permintaan dan kemahuan anda semua,” tulisnya di laman Instagram, baru-baru ini.

Penyanyi terkenal dengan lagu Kerana Terluka ini lebih selesa membuat persembahan berbanding bertanding. Ini kerana baginya, jenama sesebuah program terkenal ada musimnya.

  Saya tak mahu jadi artis bermusim. Tidak semestinya seorang artis perlu menyertai pertandingan dianjurkan. Ada sesetengah program, pihak produksi tidak mahu memilih artis tertentu dan begitulah sebaliknya.

“Saya hormati semua program TV dan radio di Malaysia kerana banyak menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui, dia pernah dihulurkan tawaran menyertai pertandingan seperti Gegar Vaganza (GV) dan The Voice di Perancis.

Tambah Nourul, bukan niatnya untuk menunjukkan kehebatan atau kemampuan diri.

“ Saya punya prinsip dan perancangan. Saya harap, jangan tanya lagi fasal ini. Kalau ada persembahan, datanglah tengok. 

“Insya-Allah selepas bersalin tahun depan, saya merancang untuk menganjurkan sebuah persembahan. Masa itu, saya harap peminat akan datang,” katanya.

Nourul turut memaklumkan dia kini terbabit dengan aktiviti amal bersama rumah kebajikan Nurhati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

Selebriti Thu, 15 Feb 2024
Events Mon, 23 Apr 2018

Empat Peserta Mentor Otai Ini Bakal Berentap Di Pentas Final!

Pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada persembahan mereka pada konsert minggu ke- 6 semalam yang turut menampilkan peserta membuat persembahan bersama mentor mereka masing-masing.

Events Mon, 10 Dec 2018

Dora the Explorer Wows Malaysians in Live Show at Resorts World Genting

Both children and adults will be highly entertained by the fun show.

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

Nad Zainal sah bercerai dengan suami.

Hiburan Sun, 23 Sep 2018

Anytime! Lisa Surihani Dah Siap Sedia

Kata pelakon berusia 32 tahun ini, dia dan suami mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang.