Hiburan By: SGMS Faida September 22, 2018 @ 8:06pm

Chong Wei SAH Kanser Hidung Peringkat Awal

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini, berkata bekas pemain nombor satu dunia itu sedang menjalani rawatan di Taiwan.

” Sebagai maklum balas terhadap laporan mengenai Chong Wei, BAM mengesahkan pemain berkenaan didapati mengidap kanser hidung peringkat awal. Proses rawatannya berjalan lancar dan ketika iniv sedang berehat bersama keluarga dan teman rapatnya.

” Bagi pihak Chong Wei, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan berdoa untuk dirinya. Sokongan anda akan memberi kekuatan kepada Chong Wei,” kata Norza.

Masalah kesihatan Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu.

Susulan itu, Meja Sukan NSTP melaporkan pemain berusia 36 tahun berkemungkinan besar terpaksa ‘menggantung raket’ kerana sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang serius.

Mengulas lanjut, Norza meminta semua pihak untuk menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya dalam menghadapi situasi sukar ini.

” BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan memberikan sebarang bantuan yang diperlukan kepada legenda badminton kita,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Hiburan Mon, 28 May 2018

Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Bagi Amani, beliau sendiri tidak faham kenapa Dira cuba mencetuskan kekecohan di laman sosila tersebut.

Hiburan Mon, 17 Sep 2018
Featured Thu, 18 May 2023
Featured Fri, 16 Jul 2021

Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat […]