Hiburan By: Del14 September 25, 2019 @ 12:40am

Cinta Sejenis Miley Cyrus Bertahan Hanya 2 Bulan!

Penyanyi Miley Cyrus (26 tahun) menggegarkan Hollywood apabila dia mengumumkan penceraiannya dengan pelakon, Liam Hemsworth awal Ogos lalu, selepas hanya 8 bulan berkahwin.

Yang paling menggemparkan? Ura-ura perpisahan itu adalah kerana  dia sedang dilamun cinta dengan kaum sejenis, Kaitlynn Carter (31 tahun) yang dahulunya pernah berkahwin dengan bintang realiti televisyen dan pemuzik, Brody Jenner. 

Walaubagaimanapun, selepas dua bulan berpacaran seperti belangkas, hubungan cinta Miley dan Kaitlynn sudahpun berakhir. Namun keduanya tidak bermusuhan dan masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. 

Memetik laporan dari Enews Online, Miley telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka kerana ia menjadi intim dengan begitu cepat dan dia tidak bersedia untuk menjalin hubungan yang serius kerana baru sahaja bercerai dengan Liam.

Awal bulan ini penyanyi lagu “Slide Away” dan bintang realiti televisyen The Hills itu dilihat meluangkan masa bersama-sama di Bandaraya New York dalam pakaian yang sedondon. Hubungan mereka menjadi rapat kerana kedua-duanya baharu saja bercerai dengan suami masing-masing dan mereka sering berkongsi masalah.

Liam mengambil keputusan untuk memfailkan penceraian, selepas mendengar ura-ura hubungan sejenis Miley dan Kaitlynn sewaktu kedua-duanya bercuti bersama-sama di Lake Como, Italy. Hubungan Miley dan pelakon Hunger Games itu terjalin 10 tahun yang lalu dan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin Ogos tahun lepas tetapi jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai kurang beberapa bulan dari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra