Events By: Salma Syahbuddin December 19, 2018 @ 11:21am

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Bagi manambahkan WOW kepada perayaan sambutan tahun baru ini, CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif, akan memperluas program bahasa Mandarinnya melalui saluran TV popular ntv7 bermula 31 Disember 2018. Langkah ini akan meningkatkan akses bagi peminat berbahasa Mandarin kepada produk gaya hidup dan kelengkapan rumah yang inovatif melalui pelbagai demonstrasi siaran langsung yang kreatif lagi menghiburkan. Pelancaran terbaru di saluran ntv7 juga akan menambahkan kandungan bahasa Mandarinnya merentasi pelbagai jenis saluran, termasuk saluran siaran percuma 8TV, serta platform dalam talian dan mudah alih.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd, program bahasa mandarin merupakan penyumbang penting bagi perniagaan CJ WOW SHOP.

“Program bahasa Mandarin kami merupakan penyumbang penting bagi perniagaan CJ WOW SHOP secara keseluruhannya. Hal ini terbukti melalui peningkatan transaksi serta bilangan pelanggan berbahasa Mandarin. Oleh itu, menjadikan ntv7 sebagai platform utama bagi segment ini adalah selari dengan strategi pengembangan kami. Dengan menyediakan lebih banyak slot program bagi para penonton, kami dapat memenuhi permintaan pengguna terhadap produk penuh daya cipta yang dapat memperkayakan hidup sambil berkongsi detik-detik wow bersama mereka,” Katanya ketika ditemui  sempena pelancaran kempen Tahun Baru Cina 2019 Rangkaian TV Media Prima.

Dan bagi Ketua Pengawai Eksekutif Media Prima TV Networks.Encik Johan Ishak berkata, program Bahasa Mandarin CJ WOW SHOP amat sesuai dengan program waktu perdana lain seperti Drama Korea, Berita Mandarin, Drama Cina dan juga filem Bahasa Inggeris.

Bagi meraikan pelancaran CJ WOW SHOP di ntv7, satu program siaran langsung khas bakal disiarkan pada 31 Disember 2018, 8.30 malam. Program bercorak rancangan permainan tersebut akan menghiburkan penonton dengan segmen penuh keseronokan selama 1 jam bersama pengacara-pengacara kegemaran mereka, sekaligus memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru mereka!

Tambahan pula, tujuh lagi segmen siaran langsung yang masing-masing berdurasi 1 jam akan berlangsung sepanjang hari pada 31 Disember 2018 dan 1 Januari 2019 bermula pada 10 pagi. Bagi sebarang pembelian yang dibuat semasa siaran langsung program ini, pelanggan akan dapat menikmati promosi istimewa, termasuk Set Kayu Penyepit Makanan WOW edisi terhad, serta diskaun 5% dan Mata Ganjaran Wow sebanyak 5% bagi setiap transaksi melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP.

Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

《金环奖》入围名单出炉 陈泽耀「有望」再封影帝

第二届《马来西亚国际电影节暨金环奖》入围名单出炉啦!共有12部竞赛电影入围,而本地电影《分贝人生》、伊朗电影《封锁》和台湾电影《大佛普拉斯》共获6项提名,成为入围大赢家!

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Tujuh Tahun Berkahwin,Betty Banafe Kembali Solo…

Saya anggap antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman untuk terus hidup bersama.

Hiburan Thu, 18 Jul 2019