Events By: Salma Syahbuddin September 13, 2018 @ 6:30pm

#daiTV3 : Da’i Amirul Terlepas Peluang, Da’i Raishah Tersingkir!

Tersingkir pada minggu ke-enam, Da’i Amirul sekali lagi terlepas peluang untuk kembali mara dalam Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 minggu lalu. Satu kejutan di pentas Da’i musim ini, apabila Da’i Amirul telah diberi peluang kedua.

Namun tidak mudah bagi Da’i Amirul apabila beliau perlu memberikan tazkirah pendek yang menepati ayat Al-Quran yang dibaca oleh juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati secara spontan dalam sesi imtihan. Dan, sudah tertulis bukan rezeki buat Da’i Amirul apabila beliau gagal memperoleh markah yang diperlukan untuk kembali bersaing bersama rakan-rakan yang lain.

Dengan tema “Hati Hati Menjaga Hati” #daiTV3 Raisyah, satu-satunya puteri apabila beliau juga turut mengutip markah terendah di sesi imtihan dan turut mengikuti jejak langkah Amirul apabila disingkirkan pada minggu kelapan. 

Da’i Pendakwah Nusantara minggu lalu juga turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu nusantara iaitu Dr. Saad Gomaa Gomaa Zaghloul. Beliau yang fasih berbahasa Melayu merupakan seorang Pensyarah Undang-Undang dan Syariah, dibawakan khas dari Mesir. 

Berbaki tiga minggu lagi menjelang peringkat akhir pada 28 September nanti, kini hanya tinggal empat peserta yang akan meneruskan perjuangan iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Syahmi dan Da’i Haziq. Terus saksikan persembahan mereka Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-6 minggu ke-sembilan pada hari Jumaat ini, 14 September, jam 9.00 malam.

Jangan lupa undi Da’i pilihan anda di laman twitter dan juga #DaiTV3 di laman sosial anda. Da’i 6 juga boleh ditonton secara langsung di laman YouTube @TV3Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Sat, 21 Sep 2019

Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Alhamdulillah…Akhirnya!

Featured Thu, 28 Jul 2022
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

陈思颐首办工作坊!鼓励大家 「从心爱乳房」

Cindy陈思颐配合「国际乳癌关注月」将于11月10日举办《女人二三事工作坊:从心爱乳房》,唤醒大众重视乳房健康及乳癌的重要讯息。

Featured Mon, 15 Aug 2022
Events Fri, 8 Feb 2019

#WinWithXtra: Enjoy a Day Filled with Joy at The Skytropolis Funland in Genting

It will be a fun getaway with family and friends regardless of age!

Featured Wed, 8 Nov 2023