Hiburan By: SGMS Faida March 10, 2019 @ 1:49pm

‘ Dia Kata Setuju’- JLo Bertunang Kali Keenam

Penyanyi popular Jennifer Lopez (JLo) mengumumkan berita pertunangan dengan kekasihnya, Alex Rodriguez (A-Rod).

Rodriguez menerusi laman Instagramnya memuatnaik sekeping gambar jari kekasihnya itu dengan sebentuk cincin berlian.

 “ Dia (Jennifer) kata ‘setuju’. Hanya 730 hari, masa berlalu pantas, seperti kita telah bersama selama-lamanya. Kita ditakdirkan bersama dan sejauh mana engkau bermakna buatku tidak dapat diungkap dengan dengan kata-kata,” tulis Rodriguez.

 
 
 
View this post on Instagram

she said yes ♥️

A post shared by Alex Rodriguez (@arod) on

Ini merupakan pertunangan kali keenam manakala perkahwinan keempat buat Lopez.

Terdahulu, wanita berusia 50 tahun ini pernah berkahwin dengan pelayan Ojani Noa, penari Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony.

Lopez dan A-Rod pertama kali bertemu di Shea Stadium di Queens pada 2005, sewaktu Jlo dijemput untuk membuat ‘pitch’ pembukaan perlawanan.

Tarikh perkahwinan Lopez dan Rodriguez masih belum diketahui lagi memandangkan Lopez terikat dengan konsert jelajah seluruh Amerika Syarikat bermula 7 Jun sehingga 26 Julai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 5 Jul 2018

Berita Baik Untuk Rakyat Terengganu, Wad Kelas Tiga Bakal Percuma!

Semua golongan tidak kira kaya dan miskin akan dapat menikmati insiatif ini di semua hospital kerajaan seluruh negeri.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Filem One Two Jaga Tercalon Kategori Filem Terbaik Asia Di Festival Filem Dunia

One Two Jaga bakal bersaing dengan sembilan lagi filem terbaik Asia yang bakal berlangsung di Warsaw, Poland bermula 14 hingga 21 November depan.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!