Trending By: Attiqah Mohd February 4, 2020 @ 4:47pm

Didera Dan Dipukul Bekas Isteri Sehingga Putus Jari, Johnny Depp Dedah Kisah Sebenar Rumah Tangga Bersama Amber Heard

Kalau korang layan cerita Pirates Of Carribean mesti korang ingat watak utama filem itu iaitu Jack Sparrow. Selain pernah membawakan watak dalam filem popular Pirates Of Caribbean , Johnny Depp juga pernah membintangi beberapa filem ikonik  lain dan pernah tercalon untuk beberapa anugerah filem terkemuka. 

Kehidupan popular Johnny Depp dan kegemilangan kariernya mula menjadi sebutan ramai setelah beliau memenangi pelbagai anugerah. Namun, tiada siapa menduga bahawa kehidupan peribadi sebenar Johnny Depp tidak seindah kegemilangan kariernya. 

Bercerai dengan Amber Heard pada tahun 2016

Kehidupan peribadi dan rumah tangga Johnny Depp dan isterinya, Amber Heard mulai retak sekitar tahun 2016. Setelah pasangan itu bercerai, Amber Heard mendedahkan bahawa dia telah menjadi mangsa penderaan secara verbal dan fizikal sepanjang tempoh perkahwinannya bersama Johnny. 

Foto Johnny Depp dipukul dengan kesan lebam di muka dan kecederaan anggota badan tular di laman sosial 

Pada mulanya, ramai media dan peminat mempercayai pengakuan Amber namun setelah foto Johnny mengalami beberapa kecederaan di anggota muka dan badan tersebar di laman sosial. Peminat mulai percaya bahawa Amber Heard hanya menipu menjadi mangsa selama ini. 

Dalam satu kenyataan lain, pelakon Hollywood yang berusia  56 tahun itu mengakui  sering didera dan dipukul oleh bekas isterinya, Amber Heard sepanjang perkahwinan mereka.  Johnny Depp mendedahkan bahawa Amber telah bertindak agresif dengan memukulnya dan pernah membaling botol ke arah muka Johnny sehingga menyebabkan beberapa kecederaab di anggota badan dan lebam di muka. Malah, Amber turut memukulnya sehingga berlaku pergelutan menyebabkan jarinya putus. 

 Kredit: Twitter 

Johnny Depp saman bekas isteri dan dedah rakaman suara pergelutan yang berlaku 

Pada awal tahun 2019, Johnny telah memfailkan saman terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta. Terbaru, Johnny Depp telah mengemukakan beberapa bukti rakaman audio yang mengandungi rakaman suara Amber. Dalam rakaman suara itu, dilihat Amber mengakui memukul Johnny secara fizikal dengan menggunakan utensil seperti periuk dan kuali. 

Memetik laporan Dailymail, Johnny mengakui bahawa Amber merupakan seorang pemangsa.

‘Ms. Heard is not a victim of domestic abuse; she is a perpetrator,’ it claims.

‘She hit, punched and kicked me. She also repeatedly and frequently threw objects into my body and head, including heavy bottles, soda cans, burning candles, television remote controls and paint thinner cans, which severely injured me.’

-Johnny Depp-

Penyebaran rakaman audio tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak. Ramai peminat dan netizen di Twitter bersimpati dengan nasib Johnny Depp dan mengharapkan semoga keadilan dapat dituntut. 

Siapa sangka, kaum lelaki juga turut menjadi mangsa penderaan secara fizikal dan mental dalam rumah tangga. Benarlah kata orang, jangan sesekali menilai sesuatu hanya berdasarkan luaran. Semoga keadilan dapat dituntut dan hukuman setimpal dikenakan buat si pelaku.

Kredit Foto: Hindustan Times 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40 […]

Featured Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Selebriti Mon, 2 Oct 2023
Trending Mon, 12 Jul 2021
Featured Tue, 21 Feb 2023

“Jangan Menyesal & Muhasabah Diri” – Berdepan Ujian Sebelum Dapat Yang Terbaik, Mawar Karim Kongsi Tips ‘Move On’

Belajar daripada pengalaman lepas, jangan ulangi silap yang sama – Mawar Karim

Trending Thu, 5 May 2022