Hiburan By: Ad Ops August 4, 2018 @ 10:00am

Drama Atau Filem, Mira Filzah Tak Kisah!

Pelakon berbakat, Mira Filzah kini mula aktif beraksi untuk naskhah tayangan layar perak. Dalam masa yang sama dia tidak memilih dalam menerima tawaran berlakon, drama bersiri ataupun telefilem.

Malah menurutnya, setiap pelakon mempunyai pendirian dan alasan sendiri dalam membuat penampilan di pawagam atau kaca tv sahaja. Kemunculan seseorang artis dalam drama dan telefilem adalah antara promosi berterusan buat seseorang pelakon untuk terus beraksi.

“Saya tidak kisah pun untuk kembali kepada lakonan siri TV walaupun sudah mula berlakon filem kerana yakin setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri, baik dari segi pemilihan naskhah mahu pun penerimaan penonton.

“Kita mungkin hanya muncul menerusi sebuah atau dua filem setahun, manakala drama berantai menemui penonton dalam tempoh panjang, sekali gus membuatkan orang ramai sentiasa nampak kerja kita.

“Saya pula tidak mahu meletakkan diri hanya ekslusif untuk layar perak sebab saya bermula di televisyen. Malah, melihat senario semasa, orang ramai tetap pergi ke panggung walaupun kerap nampak wajah kita di kaca TV.

“Perlu diakui, peminat sanggup membeli tiket wayang bukan kerana kerja kita seorang, sebaliknya didorong pelbagai elemen termasuk barisan pelakon, plot cerita selain pelbagai faktor tambahan.” Katanya pada sidang media filem Rise: Ini Kalilah.

Selain filem Sangkar yang dilakonkan oleh Mira Filzah, filem Rise: Ini Kalilah bakal ditayangkan pada Hari Malaysia bulan depan, membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Jenn Chia dan Shashi Tharan.

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Thu, 23 May 2019
Featured Tue, 11 Oct 2022

Bait Lirik ‘Mungkin Hanya Tuhan’ Dalam Lagu Kaulah Segalanya Cetus Kontroversi, Fedtri Yahya Tampil Buka Mulut – “Siti Nurhaliza Antara Yang…”

Apa pendapat korang mengenai lirik lagu ‘Mungkin Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya’ yang dikatakan kontroversi ni? 🤔

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Mon, 26 Dec 2022